Thursday, December 31, 2009

Blog dan Azam

Memandangkan wujud banyak persaingan sihat dikalangan para blogger. Aku cuba cari kelainan dalam bidang memblog aku ni supaya kelihatan lebih stailo dan funky. Barulah nampak segar segar pudina.

Lagipun pemberian nafas baru dalam seni tulisan blog juga salah satu dari 10 azam baru aku tahun ini. Sampai bila nak berada di takuk lama betul tak ? Kalau dulu rembesan idea aku banyak ke arah minda kanak kanak istimewa tapi azam aku untuk tahun ini supaya penulisan dalam blog ini biarlah lebih matang dan akil baligh.

Lepas membuat beberapa siri ujikaji, akhirnya aku berjaya menemui kaedah baru dalam kerjaya blog memblog ni. Ideanya bernas, fresh dan lebih mudah untuk difahami.


aku yakin ramai yang dah pernah tengok cerita Blogger Boy ni.

Cerita ni banyak memberi semangat sebenarnya pada aku. Penulisnya jujur cerita kisah hidup dia. Kejap kena tinggal dengan awek ni, sekejap dengan awek tu. Ringkasnya hidup dia memang tak berapa nak luck.

Yang aku tertarik pasal cerita ini, semua pengalaman dia hanya diterjemahkan dalam bentuk lukisan. Tak payah susah susah nak bina ayat ayat majmuk ni semua. Kesalahan tatabahasa secara otomatik akan jadi kurang.


contoh lukisan yang dilukis dalam blog dia. lengkap segala unsur.
misteri ada, sedih, rahsia alam, tak paham semua ada.




Berbalik kepada idea yang aku dapat ni. Ehem ehem..susun susun ayat mukaddimah pun tak guna. Aku cadang lepas ni, blog aku juga akan gunakan teknik yang sama dimana hanya lukisan dan beberapa kerat ayat ayat ringkas akan digunakan. Jadi sebagai 'top mission' aku kali ini, aku cuba uji bakat melukis aku yang memang dah ada cuma membeku semenjak beberapa tahun yang lalu.

Memandangkan aku tak mampu nak beli menatang 'scanner' untuk aku salin masuk ke komputer, aku hanya test guna teknik gerakan tetikus dulu. Mula mula ni, biarlah start dari bawah dulu.
Kat sini aku ada sertakan sikit seni gambarajah.





Aku sendiri tak dapat tafsirkan makhluk yang aku lukis ni. Posisinya juga agak meragukan. Nampak boleh tahan bengap. Sumpah aku tak kan izinkan katun ni guna nama Syakuragi.





Lain kali la aku azam tulis blog ni pakai lukisan. Tahun lagi satu ke...


Sayonara 09
Syakuragi,

Monday, December 28, 2009

Pertandingan Masak

Semalam aku menuju ke kompleks budak budak Malaysia di Mesir. Itupun sebab Pak Asan pesan ada event lawan masak masak. Event yang aneh dan jarang jarang diadakan ini dianjurkan oleh geng minyak kelapa sawit Malaysia.

Memandangkan fenomena macam ni susah nak ada, aku ambil keputusan hadir sambil usha makwe makwe yang masuk bertanding. Nampak gayanya sistem ushaan aku kurang berkesan disebabkan makwe makwe lebih tertumpu ke arah lauk pauk yang sedang di'setup' dengan pelbagai skill misteri.

Aku agak tertarik juga dengan pelbagai idea songsang lagi merapu para peserta dalam menamakan menu dan kelebihan masakan masing masing. Sebagai contoh..

" Masakan saya ini mempunyai beberapa elemen yang boleh merawat kanser "

" Resipi ini adalah warisan nenek moyang saya dan menjadi resipi rahsia sehingga hari ini "

" Nama masakan saya amigos berbungkus "

Nasib baik juga para juri kelihatan tenang menghadapi tektik penipuan secara pelbagai para peserta. Ketenangan para juri diteruskan lagi hinggalah ke saat merasa hidangan. Bagi aku memang dah jadi tugas juri untuk menilai masakan itu semua. Yang menjadi masalahnya, kadar merasa yang ditonjolkan lebih ke arah membalun lauk kenduri. Bila amalan ganjil ini berlaku, maka selera untuk try hidangan seterusnya pon jadi tawar.

Macam mana pun, aku puas hati juga datang semalam. Selain dapat tengok orang lawan lawan masak, aku juga dapat rembat lauk pauk yang dihidangkan. Cuma aku nak minta maaf kat seorang peserta wanita semalam sebab termakan ketam yang bakal dipersembahkan didepan hakim. ( rasanya dia tak perasan kot )


p/s : Pak Asan dan Bad si Monster dapat pingat gangsa.


Syakuragi,

Tuesday, December 15, 2009

The Legend of Tok Mat

Cuaca di langit mendung hari itu. Sesekali kedengaran kicauan mergastua di hutan beralun luar biasa. Angin yang berlalu juga tidak seperti hari hari biasa.

Kelihatan seorang pemuda sedang berjalan berseorangan diri merentasi belukar. Dibahunya tergalas sebuah beg kecil berisi barang peribadi. Baginya itu semua tidak bermakna apa apa. Yang dirunsingkan olehnya harapan seluruh ahli keluarga dan penduduk kampung yang di letakkan ke atasnya. Harapan untuk menimba ilmu yang bermanfaat supaya dapat disampaikan untuk generasi muda kelak.

Akhirnya, kelibat pemuda itu semakin samar dan hilang dari pandangan mata...

6o tahun berlalu...

Sesusuk tubuh yang dulunya gagah, kini semakin lemah. Gaya jalannya juga kelihatan sukar. Sesekali terdengar batuk batuk kecil yang menandakan beliau kini agak berumur.

Kepulangannya disambut tangisan oleh sanak saudara. Beliau terharu kerana dirinya masih disayangi biarpon sudah lama tidak pulang ke kampung halaman. Hanya saling bertanya khabar melalui surat sahaja.


************************

Tok Mat dah balik minggu lepas. Gaya pembalikannya juga agak mengejut. Tiba tiba pesan kat Bad si monster kata nak balik.

Sedikit fakta mengenai Tok Mat.

Tak pernah balik Malaysia sejak keluar pada tahun 1953
Yang aku pernah dengar, Tok Mat ni ulang alik Eropah, Mesir je. Mengajar bahasa Urdu di Jerman dan Belanda. Pernah hilang tiba tiba dari Mesir sekitar tahun 2003/04. Khabarnya hanya tinggalkan sepucuk surat kata beliau nak balik Belanda.

Seorang yang cintakan ilmu.
Menuntut ilmu di India berbelas tahun. Sambung pula di Mesir sampai ke peringkat MA. Keistimewaan Tok Mat ni, asal nak tidur mesti pegang buku, bangun tidur pon capai buku. Senang cerita benda pertama yang dia capai mesti buku atau bahan bacaan.
Aku pon ada sikit tempias perangai macam ni. Aku akan capai apa sahaja semasa tidur. Kalau ada megi, megi jugalah yang aku akan capai. Kan bagus kalau cita cita itu sesuatu yang boleh dipegang. Lama dah aku letak tepi tilam siap siap.



gambar ini dirompak dari sekabar kosmo


" Ustaz Mat, mengajar apa kat Belanda ? " - soalan seorang pelajar.

" Zaman aku belajar dulu memang susah..bla bla bla " - jawapan Tok Mat.


pesanan : jangan salahkan Tok Mat kalau beliau salah jawab. Tolak ansur la beb.


Syakuragi,

Sunday, December 13, 2009

Menyanyi

" But she wears short skirts, I wear t-shirts..
she's cheer captain and I'm on the bleachers.... "

" Perghh !! ", kedengaran bunyian ganjil dari arah belakang sekaligus membantutkan semangat aku untuk meneruskan perenggan lagu ke bahagian seterusnya.

" Suara ko boleh tahan la, apesal tak masuk bidang nyayian ? Kalau mintak terus jadi rekoding artis pon lepas ni, sure cecah 7 8 juta unit jualan wei !! " suara misteri tersebut semakin rancak menambah idea diselangi pujian setinggi awan.

" Bernas cadangan ko tu, tapi.... "

" Tapi apa ? "


********

93 '

Peristiwa hitam ini berlaku tatkala azam aku untuk menjadi rockers baru sahaja bermula. Aku mencuba nasib menyertai sebuah pertandingan nyanyian peringkat sekolah rendah sempena pesta pameran dan bazar sekolah. Berbekalkan hafalan lagu Iklim melalui latihan mendengar dirumah dan juga sehelai kertas yang mengandungi bait bait lagu didalamnya. Aku yakin aku dah bersedia. Entah di mana silapnya, tanpa mengenal erti belas kasihan, otak aku mula mengalami masalah memori tersekat. Vokal yang cuba dilontarkan juga gagal memberikan komitmen yang sempurna. Akhirnya, dresap seluar ketat yang disingkatkan hingga tahap betis yang disangka menyerupai stail kumpulan Bloodshed menjelma ke bentuk badut bisu di hadapan sidang hadirin. Selesai membuat aksi aib tersebut, aku menuju ke arah para pelajar lain dan menerajang seorang dua yang gelak gelak.


********

" Sedihnya pengalaman ko.. ", suara misteri bermelodi simpati.

" Tu belum cukup sedih lagi la. Ada lagi dasyat ", aku cuba menambah.


*********

2005/2006


" Kita pastikan yang terbaik malam ni ", jelas seorang ahli kumpulan nasyid.

Sayembara nasyid malam itu bermula dengan lancar. Dan yang menjadi hakim juga bukan orang biasa biasa. Kumpulan Rabbani kalau tak silap. Melihatkan penyertaan kumpulan lain, perasaan konfiden untuk menang juga tak berapa nak jadi.

Tapi kumpulan nasyid yang aku join tak kurang hebatnya. Disertai oleh beberapa orang bersuara buluh perindu ala ala padang pasir arab, ditambah pula dresap ganjil yang tak tercapai dek akal.

Giliran kami menyampaikan persembahan bermula, aku cuba berlagak tenang. Alunan alat muzik mula kedengaran, rangkap pertama lagu disampaikan dengan baik, disambung pula pada rangkap seterusnya, juga jelas dan tidak mengalami masalah 'pitching' ke laut. Kini bahagian korus yang disandarkan harapannya pada aku semakin hampir. Tanpa membuang masa, kekuatan alunan vokal aku mula bersepah sepah. Ibarat tengkuk di'grip' dari belakang. Pernafasan aku mula perlahan, mata semakin kabur. Lepas kejadian tu aku tak ingat dah.


********

" Ko tak ingat ke ko kalah malam tu ? ", soalan berbentuk perangkap mula berkumandang.

" Yeke ? ", aku cuba menimbulkan keraguan berbentuk soalan.

" Mungkin ko harus gabungkan nasyid dan rock. Mana tau menjadi pula. Lagipun ramai dah kawan kawan aku yang dulunya rock habis, tapi sekarang duet juga dengan nasyid "

" Kawan ? "Serta merta aku tersentak dengan kenyataan beliau. Aku cuba fokus perlahan lahan ke arah suara tersebut. Semakin lama semakin jelas raut wajah si suara misteri. Perlahan lahan beliau mengangkat mikrofon di sebelah kiri dan diarahkan ke muncung. Sambil mengangkat tangan...


" Pheewitt !! "


Syakuragi,

Sunday, November 29, 2009

Nilai Sebuah Pengorbanan

Pengorbanan atau dalam kata lainnya melakukan sesuatu untuk kebaikan pihak lain atau diri orang lain aku anggap sebagai satu bidang yang telah wujud dalam diri aku sejak dulu lagi.

Cuma tahap ketepatan pengorbanan itu terpaksa aku repair beberapa kali supaya sesuai dengan konsep yang sebenar.

Sebagai contoh sekitar umur setahun membawa ke akil baligh, pengorbanan yang tersemat dalam jiwa aku lebih menjurus ke arah 'barbarian' dan jurassic park. Pada tahap ini, tiada istilah yang lebih tepat berbanding mencari mangsa korban. Contohnya aku terpaksa mengorbankan riwayat seekor ayam akibat ingkar arahan masuk ke reban.
Bagi aku, tiada perkara yang lebih melegakan hati selain melihat pertumpahan darah yang mengalir ketika itu.

Namun, selepas melakukan beberapa siri diskusi bersama sama rakan di peringkat remaja, penghayatan pengorbanan aku selama ini rupanya telah melencong jauh dari maksud sebenar. Skill pengorbanan ini rupanya bukan untuk kepentingan diri sendiri sahaja tetapi juga demi kemaslahatan pihak lain.

Dasar pengorbanan tersebut telah aku jadikan teras untuk membina jati diri muslim sejati.

Begitu juga dalam hal berkaitan masalah perkhidmatan internet yang aku alami baru baru ini. Aku anggap mengorbankan waktu untuk bertemu dengan wakil syarikat bukanlah satu pengorbanan yang sia sia. Menghubungi pihak syarikat untuk mengadukan masalah ketiadaan internet juga dianggap berbaloi meskipun terpaksa mengorbankan kredit di henpon.

Ini semua dilakukan bagi terus memahami konsep pengorbanan yang sempurna.

Tapi aku masih belum puas dalam teknik pengorbanan yang sedang aku amalkan setakat ini. Jadi setelah melakukan beberapa siri eksperimen, akhirnya aku berjaya menemui formula khas bagi menyesuaikan masalah menunggu tindakan syarikat internet dengan konsep pengorbanan. Ianya satu kaedah yang mudah untuk difahami dan dipraktikkan.

Kaedah terbaru ini lebih berbentuk kaedah fizikal iaitu mencari korban untuk dijadikan mangsa korban seterusnya membentuk sebuah proses pengorbanan. Dalam kata mudahnya, mencari pekerja syarikat internet untuk dijadikan mangsa sembelihan seterusnya membentuk sebuah proses dendam terbalas.

p/s : sesuai dijadikan silibus pelajaran masakini..

Syakuragi,

Saturday, November 14, 2009

Internet Oh Internet

Disebabkan kebijaksanaan (boleh juga dianggap bongok) tuan rumah Matso menukar nombor talian tetap rumah sewa beliau secara 'secret', segala perkhidmatan internet tidak dapat berfungsi dan terpaksa diberhentikan buat sementara waktu.

pesananringkas :
Stat esok aku nak usha2 tepi jalan. Mana tau rezeki dapat tolong Ana Althafunnisa kejar bas.

Wednesday, November 4, 2009

Today is the day..

Pagi ini sungguh indah. Ditambah dengan kedinginan angin musim sejuk yang baru bermula. Kalau diikutkan hati, mahu saja aku berselubung dalam selimut sambil berbaring diatas katil. Ahh..nyaman sekali...

Tapi aku masih ada perjuangan yang perlu diteruskan. Ya, berjuang dilandasan menuntut ilmu. Lupakan seketika kehangatan berbaring waktu pagi di musim sejuk ini. Aku perlu tekad. Tekad mengharungi cabaran yang mendatang meskipun terpaksa kutempuh angin dingin diluar sana..



ini selipar


p/s : aku ingatkan orang tak perasan aku pergi kuliah pakai selipar sebelah lain..hehe



Syakuragi,

Saturday, October 31, 2009

Cemerlang Dan Bertuah dengan Aku Tiada Jodoh Agaknya..

Malam semalam telah berlangsungnya Majlis Kecemerlangan Pelajar Negeri Sembilan Mesir. Ramai juga yang naik pentas ambil hadiah. Hadiah sebab cemerlang, sebab mithali, sebab tunas harapan mahupun sekadar menang cabutan bertuah ataupun potong kek harijadi. Oh ye, persembahan nasyid dan puisi juga naik pentas semalam.

Persoalannya, kenapa aku tak diberi peluang langsung untuk naik ke pentas ?

Okay fine, semua pihak tak setuju aku naik. Aku faham. Aku tak cemerlang tak mithali tak tunas harapan, tak nasyid, tak pandai berpuisi dan tak harijadi boy. Tapi tak boleh ke tolong aku menang cabutan bertuah. Sekali pun jadilah. Boleh cerita kat anak cucu nanti.

" Atuk pernah menang cabutan bertuah masa Majlis Kecemerlangan Pelajar dulu...dan itulah kali pertama atuk menang semenjak dilahirkan di dunia "

Tetap tak nak kasi aku cerita macam tu pada anak cucu? Okay..aku cerita lain.. Hmm apa kata aku cerita apa yang aku rasa masa duduk dalam majlis tu.

Untuk cucu aku sahaja. Jadi tak perlu rasanya aku cerita disini. Risiko putus silaturrahim sesama kawan mungkin berlaku nanti.


dalam kertas ini serba sedikit idea aku nak cerita untuk anak cucu.


p/s : ayat didalam kertas itu tak berapa sesuai untuk dijadikan bacaan umum. Jangan baca kalau tak nak rasa dendam dengan aku.


Syakuragi,

Monday, October 26, 2009

Raja Pecut

Aku mula berjinak jinak dengan bidang permotoran sejak berumur 7 tahun. Biasalah kalau mula dari bawah, bencananya pun kurang. Cuma tapak tangan terkoyak, siku tergesel, bahu kiri patah dan parut parut luka di bahagian kaki.

Memandangkan aku semakin dewasa, abah aku setuju membelikan sebuah motorsikal jenama Taiwan. Kesian katanya orang muda macam aku naik basikal bakul didepan keluar pekan. Aku pon apa lagi, serta merta jadi anak yang taat. Sidai kain, sapu sampah, kasi ayam makan, kejar kambing masuk kandang. Semua dibuat sambil senyum.

Selang 2 3 bulan kemudian, semangat bawak motor laju laju merasuk. Dia punya rasukan bukan biasa biasa. Hangus juga RM 300 modified motor kasi power. Tokey bengkel cakap, setakat ini motor milik aku paling tiptop. Ditambah dengan kecekapan pemanduan aku. Layak sangat untuk buat Rossi makan hati.

Hari demi hari berlalu. Semakin ramai mangsa pintasan kilat aku. Kereta nak parking, motor jual aiskrim, basikal gear, jentera berat. Semuanya dipintas tanpa belas kasihan. Puas hati aku. Gelaran raja pintas aku semakin kukuh.

Suatu petang yang hening di jalan besar menghala ke Tampin..

" sss..." sayup aku dengar sambaran angin. Aku toleh side mirror. Tak ada kenderaan pula. " vroom.." angin petang diheret disebelah kanan aku dan terus meluncur ke depan. Sebiji motor tzm memecut tanpa menoleh kebelakang. Aku jadi hangin. Trotel dipulas sampai habis. Meter mula cecah ke angka seratus. Malang tak berbau, tzm makin hilang ditelan jarak pandangan mata.

Niat nak ke Tampin jadi tawar. Dah tak manis. Wajah wajah bohsia yang kemaruk ajak round round dibuang jauh jauh. Aku patah menghala ke rumah. Sampai dirumah langkah aku jadi lemah.

" kenapa muka macam hilang semangat ni ? " tanya abah aku.

" motor tzm pintas orang time nak ke Tampin tadi ", aku merungut sambil kaki kuis kuis tanah.

" Motor tzm tu 500cc wahai anakku.." pujuk abah cuba menenangkan keadaan.

Serta merta aku toleh ke bahagian tepi badan motor aku.

100cc...


Syakuragi,

Friday, October 23, 2009

Aku, Syabak dan Usamah..

Beberapa hari kebelakangan ini, jiran rumah bawah aku Dr. Palang membawa pertuduhan membabi buta kepada tuan rumah. Kononnya, paip di dalam tandas rumah aku telah rosak sekaligus menyiram kamar tidur beliau dengan elemen kumbahan.

Tambah Dr. Palang juga, kalau aku dan tuan rumah tak selesaikan masalah ni, beliau akan lancarkan serangan santet secara mengejut. Risau juga andaikata penampakan sesosok tubuh berlaku nanti. Mahu tapi malu, aku terpaksa akur arahan tuan rumah untuk memanggil
syabak ( tukang paip ). Bila aku kira mengikut formula cakerawala Adi Putra, ini merupakan kali yang ke 5 si syabak diseru untuk me'repair' tandas.

Dan setiap kali aku mengupah syabak untuk menyetelkan masalah paip dalam tandas, syabak hanya menjalankan skill yang sama iaitu duduk terbongkok bongkok sapu simen pakai tangan di lantai tandas sambil hisap rokok macam jahanam. Dan yang paling biadap sebelum dapat duit upah, syabak akan angkat ibu jari tanda 'good' seolah olah kerja dah selesai sambil tayang gigi kuning minta tapak kaki. Padahal masalah air meleleh ke rumah bawah tetap berlaku. Kualiti kerja sebegitu yang buat aku tawar hati nak panggil syabak datang repair. Setakat lepek simen pakai tangan takdela mencabar sangat. Samy Vellu pon boleh buat.

Megenangkan Dr. Palang sudah tua orangnya dan berkeras mahukan syabak merepair masalah ini, maka aku ikutkan sahaja kehendak beliau. Lagipun tak manis rasanya hari hari nak pandang slack kat Dr. Palang. Beliau pun dah tua. Aku doakan semoga beliau terpijak periuk api suatu hari nanti. Pernah juga aku dan Apat buat kunjungan tak mesra ke rumah beliau. Apa yang aku tengok dari kesan kebocoran tu tidaklah seteruk mana. Cuma lelehan manja air mata ibu mengalir di tepi dinding. Eh silap, tak mengalir pon. Bekas lelehan sahaja.

Kembali kepada cerita syabak tadi, hari ini untuk kesekian kalinya aku menelefon si syabak. Untuk mengadukan hal yang sama. " Paip tandas rumah ana ada masalah..boleh tak ente datang dan baiki ". Jawapan yang sama juga diberikan. " Kalau macam tu ente tunggu..ana datang rumah ente petang ini juga ". Penuh cahaya keikhlasan jawapannya. Namun praktikalnya sudah diramal. Umpama mimpi dalam mimpi bak kata Mega. Tak juga datang. Bila ditanyakan kenapa, aneka jawapan diberikan. Syabak tak jumpa rumah, alamat hilang, anak sakit, tak datang kerja dan sebagainya.

Setelah fedap dengan kerenah syabak. Aku kol tuan rumah dan mengadu perihal kebiadapan syabak kerana enggan hadir. " Enta carik syabak lain ". Lebih kurang begitu jawapan tuan rumah. Bernas juga idea beliau. Tanpa buang masa aku order senarai kedai syabak berhampiran. Ya, aku dicadangkan untuk menghubungi Usamah. Khabarnya Usamah ini syabak yang popular. Bila dengar namanya saja sudah terasa sejuk. Ibarat menyebut nama ulama'.

" Assalamualaikum, ustaz usamah ? "

" Waalaikumsalam, ente ni siapa ? "

" Nama ana Muhammad, boley tak ente datang rumah ana bla bla bla.. "

" Insyaallah, ente tunggu..sebentar lagi ana sampai "

Haa..kan sedap dengar jawapan ' sebentar ' macam tu. Tak payahla susah nak tunggu petang. Sementara tunggu Usamah datang elok juga kalau aku kemas rumah sikit sikit. Yela, ibarat tetamu nak datang rumah. Mestilah sedap sedap mata nak pandang kan.

11.30 pagi..



1.30 petang...



4.50 petang....



12 malam.. " Syabak datang tak harini ? ", tanya Apat.



" Srappp !! "


Aku koyakkan plastik serunding telan sambil istighfar banyak banyak..



p/s : Lu jaga kepala lu syabak, Usamah !!



Sunday, October 18, 2009

Pepatah Jeans


Pepatah Melayu ada menyebut...

' tak tahu menari, lantai yang tak rata pula nak disalahkan '
maksudnya orang bodoh berlagak pandai


Aku ada pepatah baru...

' seluar jeans tak muat, perut tak rata pula nak disalahkan '
maksudnya tukang jahit seluar jeans yang tak berhati perut

ataupun...

orang ***** berlagak kurus ??


NO WAY MAN !!!


fakta : entry ini tiada kena mengena dengan aku..percayalah...


Syakuragi,

Wednesday, October 14, 2009

Main Bowling Bukan Lontar Peluru..

Jam kat dinding menunjukkan pukul 3 petang..

"Elok semayang asar dulu lah baru gerak"(ntah sapa yang cakap masa ni) biasanya kalau cadang semayang didahulukan sebelum bergerak ke sesuatu tempat bukan idea aku.

" Lepas semayang kita terus pergi, aku dah tak sabar nak tunjuk skill ni " aku mencelah perbualan dengan sedikit nada berbaur riak. Pergelangan tangan kanan yang sudah seminggu dilatih siang dan malam kini bakal membuat kejutan. Tong, baldi, besi semua dijadikan bahan senaman.

Idea asal pergi membuat kunjungan ke pusat bowling antarabangsa Mesir berpunca dari seorang makhluk dari Morocco a.k.a Cidut. Cidut khabarnya seorang yang aktif dalam permainan bowling di Morocco. Ada juga khabar angin mengatakan ranking beliau dua tiga tangga je bawah Shalin Zulkifli.

Demi tak menghampakan harapan warga Mesir, aku sahut cabaran Cidut. Mana tau dapat beat Cidut. Boleh juga ajak Shalin one by one nanti.

Walaupun perlawanan bakal bermula kira kira dua minggu lagi, secara senyap senyap aku menjalankan latihan fizikal dan mental secara rahsia. Dari sudut teknik balingan, swing, pernafasan, kawalan bola, sepakan sudut, hingga ke teknik menggelecek bola ke gawang gol lawan.

Hari perlawanan tiba, aku hanya berpakaian kasual seperti biasa mengatur langkah penuh keyakinan. Cidut yang datang lebih awal menunggu aku di pintu masuk. Kami berbalas pandangan dengan sorotan mata ganas. Kawan kawan yang lain terpaksa bertahan di tempat yang kukuh kerana tak mampu menahan desakan pertembungan aura antara aku dan Cidut.

Selesai melakukan aksi pembayaran, kami semua menuju ke medan pertarungan, kami dibahagikan kepada tiga kumpulan.

Kumpulan Sembelih Manusia
Aku (Syakuragi)
Gengkapak
Pak Asan
Wak Din
Nasri

Kumpulan Cidut al Maruku
Cidut
Iqmal
Aznan
Ajis Gempal
Fahmi

Kumpulan Sayang Sayang Aduhai Sayang
Brader Bob
Brader Fer
Brader Zuzu
Daus
Brader Anub ( sesat )

Dipendekkan cerita, turn untuk aku beraksi kini tiba. Sebelum aku capai bola yang sesuai untuk dibaling, sempat juga aku toleh ke belakang di bahagian penonton. Ibarat mimpi, ruang duduk dibahagian penonton penuh sesak dengan kain rentang " Syakuragi Boleh, Mesir Boleh " terbentang. Bunyi trompet tak payah cakaplah, riuh rendah dibuatnya.

Demi tak menghampakan semangat penonton aku akan lakukan balingan yang terbaik. Kini fokus aku hanya tertumpu pada objek putih yang tersusun di hujung garisan. Aku angkat tangan kiri sambil jari berbentuk "peace". Suasana makin tegang. Tangisan terharu makwe makwe mula kedengaran.

" Iyahhh !! ".....sambil tangan menghayun bola sekuat mungkin.


************

p/s : kalau tak buat longkang tepi landasan tu tak boleh ke hah?!!



Syakuragi

Friday, October 2, 2009

U Come Finally But....

Seumur hidup aku, aku penah syok gila khinzir kat sorang manusia je. Dia punya syok memang bukan main main. Sejak dari hari itu, norma norma kehidupan manusia normal aku mula berterabur. Setiap malam asyik teringat. Makan makin lalu, tido makin lena, mandi makin basah.

Aku yang memang jenis tak reti menyabar dalam bab mengayat terus melancarkan tektik 'counter attack' terhadap beliau. Dengan penuh debaran aku kol dan menyuarakan isi hati.(orang cakap kalau gentle perempuan suka).

Meskipun ayat mengejas aku agak berterabur (ketika itu), budak perempuan tersebut tetap memberi respon yang baik. Kadang kadang aku terpikir, memang dia dah lama syok kat aku ke? ataupun beliau memang sukakan lelaki berayat lemah ?

Akhirnya, beliau sudi menerima aku sebagai teman tapi mesra. Bab kapel kemudian katanya.

Beberapa bulan kemudian, kitorang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Aku ke Mesir dan beliau ke sebuah negara arab lain. Walaupun berjauhan, hubungan kami tetap steady. Sehinggalah pada suatu hari..

Trutt.. trutt ( bunyi mesej ni )

Aku tersenyum sendiri bila nampak nama pengirim mesej tersebut adalah beliau. Aku baca perlahan lahan isi kandungan ayat. Selesai baca, serta merta aku jadi hangin satu badan. Kertas mentera penyeru anak cucu kaki bukit dikeluarkan. Hubungan kami telah sampai ke penghujungnya....

Tiga tahun berlalu, kini aku tetap macam dulu. Setiap hari akan tunggu untuk berbual dengan beliau. Walaupun aku tau, beliau mesti dah lupa. Silap silap kalau jumpa kena ' asl please '.

Sabar punya sabar, akhirnya dapat juga berbual (dalam YM). Risau jugak kalau dia tanya siapa ni? awak nak apa? . Mujur ayat yang beliau gunakan sama macam dulu. Sikit sikit nak gelak. Nasib baik beliau, kalau orang lain lama dah aku rodok pisau kat perut.

Hati aku berbunga time berbual. Tunggu timing nak luahkan ayat ayat cinta kasi beliau terpikat balik. Peningkatan ayat aku dalam mengejas memang tak dinafikan bertambah expert dalam 3 tahun ni. Silap silap baru keluar mukaddimah beliau dah melelehkan air mata merayu nak kat aku balik. Dalam banyak banyak ayat bersembang, aku paling ingat yang ini..

" Sekarang saya not available "

Hati aku jadi lega bila beliau cakap macam tu. Sinar harapan mula menyilaukan mata hati aku. Sambil tersenyum senyum sendirian depan pc, semangat mengada ngada aku mula bertandang.

" Saya tak paham b.i la, apa makna not available tu ? " aku tanya walaupun dah tau maksud perkataan tu. Biar dia rasa malu sikit nak berterus terang. Sekali sekala gurau gurau tak salah kan.

" Maksudnya..sekarang saya tak bersendirian/berteman "


*******

Nak tau apa maksud ayat beliau yang aku mula mula pikir ?

Saya sekarang not available - Saya sekarang takkan bersembunyi lagi


p/s : invisible lain ke?


Syakuragi,

Sunday, September 27, 2009

Riang Ria

Sempena raya tahun ni, dengan ikhlas hatinya aku tepekkan beberapa keping gambar raya. Kalau diperati betul betul, panorama gambar ni semua di Malaysia dan bukan kat Mesir.

" Ko rembat ke gambar ni ? ", arab saiber kafe.

Ya, gambar hasil rompakan kat laman sosial sahaja. Aku tak ambik gambar raya itu hari. Takut orang hantar tuju tuju. Cakap banyak pon tak guna. Tengok je la gambar ni.











Usai sudah aku layan gambar gambar ni semalam. Hati aku jadi macam nak tekeluar. Mata aku cucuk pakai pisau jangan kasi keluar air.

Best jugak kadang kadang dapat beraya dengan kawan kawan sekelas ni kan?

p/s : immortaliti aku makin lemah dalam bab bab sedih ni. Mulai esok, aku akan start tengok cerita bunuh bunuh orang balik. Delete semua cerita korea jepun yang asik main air mata.

Monday, September 21, 2009

Nasib Raya Sukar Diramal

Level mata aku yang dah sepet sepet tahan ngantuk memang dah tak mampu dikawal . Air mata ditambah pedih semakin rancak beraksi. Nasib baik time tu aku teringat pesan pegawai negeri sembilan a.k.a ayah pesan..

" Ayah harap anak anak dapat memberikan komitmen melibatkan diri dalam majlis sambutan hari raya di Arma nanti "

Nak juga aku jawab balik ayat beliau dengan jawapan paling biadap.

" alahh.. kalau saya tak datang jalan jugak majlis tu "

Disebabkan aku ni jenis manusia yang tak suka kurang ajar dan gerunkan pelempang pegawai, aku turutkan kemahuan beliau.

Seawal pagi aku dah stenbai dresap baju raya tahun lepas sepasang. Sambil cucuh dua tiga batang rokok, sekali sekala petikan kamera digital berbunyi tanda snap gambar aku secara misteri. Aku biarkan je. Nak dilarang kang bukan kamera aku.

Sampai di Arma, aku tengok kemain ramai mamat mamat dan makwe makwe bersepah lepak. Ada juga dua tiga pasang kapel main snap snap gambar. Nak buat kenangan la tu. Sedap jugak kalau dapat pijak pijak kepala pakai dua belah kaki.

Aku yang dari pagi menahan mata diuji lagi dengan konsep ketahanan seterusnya iaitu menahan haus. Apa gila punya majlis tak letak air sirap. Patah semangat raya macam ni. Selang 2 3 jam kemudian, maka datanglah pekerja yang ditugaskan terkedek kedek bawak tong air. Aku pecut sepantas kilat ke arah tong air. Mana yang cuba blok jalan time tu memang aku terus terajang ke tepi.

Capaian ekslusif ke arah gelas plastik. Aku teguk beberapa pam. Perghh..tak sejuk, tak manis, tak sedap. Setan yang baru terlepas stat hasut suruh bakar Arma. Nasib baik aku cepat cepat amal ayat seribu dinar. Terus diorang bla.

Selesai sesi fotografi bersama ayah, kawan kawan dan makhluk makhluk pelik, aku sarung selipar menuju ke arah tempat van pengangkutan (tremco). Sekali lagi jiwa aku dipermainkan. Van yang sepatutnya menjemput aku untuk pulang tak sampai sampai. Setan yang bertempiaran tadi datang lagi dengan hasutan yang lebih horror. " Ko letupkan terus kawasan ni". Apa gila punya hasutan. Sah sah aku sekali jadi cebisan daging.

Nak hilangkan boring yang berbaur dengan niat membunuh manusia di pagi Syawal, aku buat sedikit lawak dengan kawan kawan disebelah. Nasib baik diorang sudi ketawa. Mana yang tak paham pon adalah juga sengih tunjuk gigi.

Selang beberapa lawak, tremco dan pemandunya yang samdol hadir. Tanpa cakap banyak aku naik dan terus menuju pulang.

Nak makan kuih raya pon dah takde mood. Mengenangkan raya aku tahun ni yang dipermainkan oleh pihak majlis. Tahun depan jangan harap aku nak join event macam ni dah. Kalau nak suruh aku datang juga, pastikan air sirap sejuk dan sedap disediakan awal.


p/s : mintak maaf diucapkan kepada makwe makwe di Arma. Aku paham korang berkeliaran untuk mendapatkan ushaan keramat dari aku. Seperti yang aku jelaskan tadi. Mood tadak !!


Syakuragi,

Saturday, September 19, 2009

Aidilfitri 09

Raya di Mesir...

Hari raya disambut dengan sederhana. Nak tengok orang main meriam buluh jangan haraplah. Silap silap kena balas dengan meriam kereta kebal dek askar.

Walaupun sederhana, tapi aku puas kerana Ramadhan tahun ini dapat aku laksanakan dengan penuh dedikasi dan cemerlang. Meskipun berlaku sedikit kelajakan tidur tahap beruang pola, tapi aku tetap puas hati. Serius aku puas. Cabaran air kolah jangan cakaplah. Asal masuk tandas je air kolah tukar kaler. Kadang kadang jadi air oren, kadang kadang jadi air mangga dan yang paling dasyat mereka (air kolah) cuba cuba tukar jadi air cappucino rocha berkrim.

Sepertimana yang diketahui umum, aku bukanlah seorang yang mudah membatalkan ibadah puasa dengan godaan sekecil itu. Jadi aku teruskan berpuasa dengan mepraktikkan teknik mudah tapi ekselen iaitu tidur sambil berguling guling dihadapan kipas angin.

Pejam celik sahur berbuka tido balik, akhirnya berakhir sudah Ramadhan tahun ini. Cuma yang buat aku terkilan kali ini sebab aku tak dapat sekalipon jadi imam terawikh di masjid berhampiran. Bacaan aku masih berkecai barangkali.

Apapon, sekarang bukan masanya bersedih. Inilah masanya untuk kita bergembira bersama dengan meraikan kedatangan Syawal yang membawa penuh warna warni dalam kehidupan ibarat warna warni ranggoli...hishhh apa makin merepek pulak ni !!

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin ( ayat melepaskan diri )


p/s : aku sedih sebenarnya sebab Ramadhan dah berakhir. Betul aku sedih.



Syakuragi

Monday, September 14, 2009

Selepuk Gaji


lebih kurang macam inilah rutin harian kitorang.



Semalam merupakan hari kebebasan pekerja bagi kitorang. Selama hampir 5 minggu bekerja ibarat tahanan penjara akhirnya kami dibebaskan oleh bos ( Pak Asan ).

" Ko nak gaji harini ke ? ", Pak Asan tanya dengan nada seorang bos.

" Sukati ko la, nak bagi hari last nanti pon takpe ", aku balas nada seorang pekerja.

Mungkin melihatkan usaha kami yang tak pernah kenal erti penat meskipon terpaksa bekerja semasa musim panas di bulan Ramadhan, beliau dengan senang hatinya mengagihkan gaji.

" Alhamdulillah, boleh jugak beli baju raya tahun ni " - aku

" Boleh kirim sikit untuk keluarga kat Malaysia " - Nasri

" Aku ingat nak tambah sikit kitab buat koleksi bacaan masa lapang " - Apat

" Upgrade webcam !! " - Gengkapak

" Sedekah anak yatim " - Fahmi

Itulah antara dialog yang aku sempat muatkan dalam entry ini. Seronok betul masing masing dapat gaji. Nak harapkan duit raya sangatlah mustahil memandangkan aku yang paling muda dikalangan kitorang ni pon dah tak dapat duit raya.


'Setiap usaha itu ada ganjarannya' - Pak Asan ( sambil gelak gelak )


p/s : SELAMAT HARI RAYA SEMUA


Syakuragi,

Thursday, September 10, 2009

Kad Raya

Kisah di bulan Ramadhan - 199?

" Mak..along dapat kad raya..kawan kasi " akak aku menjerit riang.

" Baguslah tu. Jangan lupa balas pulak " pesan mak aku ringkas.

Suasana ketika hampir raya di rumah aku cukup meriah. Kedatangan saudara mara dari jauh. Kehadiran kueh raya dan sampul raya dari pakcik makcik yang tak pernah mengecewakan jumlahnya.

Tapi tahun tu agak berlainan. Kemeriahan Syawal ditambah dengan kehadiran kad raya dari pelbagai manusia. Pokok bunga mak aku dilantik menjadi alat gantung kad raya kelihatan cukup bergaya. Sesekali pokok bunga itu bergoyang tanda angkuh kerana berjaya memegang title ' pokok bunga raya ini '.

Sedang saudara mara aku berkumpul di halaman rumah. Topik yang paling hangat dibincangkan bukan lagi duit raya siapa paling banyak. Tapi, kad raya siapa yang paling banyak. Aku yang sedang mundar mandir menantikan kedatangan posmen sekali sekala meninjau ke arah jalan.

" Syafiq, berapa kad raya ko dapat tahun ni ? " soalan sukar dari saudara aku.

" Adela sikit " jawab aku nak tak nak.

" Bukan sikit.. tapi takde langsung..hahaha " akak aku menyampuk dari belakang sambil ketawa.

Semua orang sekeliling ketawa. Pokok, haiwan ternakan, serangga liar semua seolah olah pakat gelak.

DAMN !! aku menyumpah dalam hati

faktamenarik : satu satunya kad raya yang pernah aku dapat daripada mak ayah aku masa aku sampai Mesir. Itu pon kongsi dengan abang aku.


Syakuragi,

Monday, September 7, 2009

Hidup ini Tidak Selalunya Indah

Sekali sekala aku jeling pc gengkapak kat sebelah. Sibuk nampaknya layan awek awek dari segenap pelusuk dunia.

" Ketap...ketap..hehehe ", bunyi taipan di papan kekunci usang beliau diselangi ketawa ketawa kecil.

Aku yang dari tadi hanya klik 'home' dan 'profile' di beberapa laman sosial mula bosan. Sedih dan bengang mengenangkan sikap awek awek zaman sekarang yang semakin keliru menentukan antara berlian dan kaca.

" Ko takde niat ke nak pass awek chat ko tu sorang dua kat aku ? ", aku merayu.

" Jangan harap, pegi carik sendiri !! ", balas gengkapak.

Hakikat itu kadang kadang menyeksakan. Walaupun aku selalu dengar ramai orang bertemu jodoh melalui internet, tapi makin hari aku rasa ianya semakin tahyul dan penuh dongengan.

Nak kata aku tak berapa nak ekselen dalam membina ayat cinta..tak boleh juga. Nisbah aku mengayat dengan respon yang diberikan memang agak tak belen. Kadang aku ngayat 2 orang, yang balas 6 orang. Hah, kan tak belen tu.

Sedang otak aku khusyuk fikir masalah jiwa luka ni, aku dikejutkan dengan bunyi keramat...

"BUZZ !!"

hidayatul : salam abang

Fuhhh...siap berabang abang pulak ni. Memang naya la minah ni. Dua tiga patah perkataan dah cukup untuk menakluk hati si dia ni..Fantasi minda aku mula berkembang. Bayangkanlah si hidayatul ni memang cun abes. Muka iras iras Rosalinda ayamor. Suara manja ala ala heroin Pangako Sayo. Sudah tentu ramai yang iri hati bila aku bawak beliau keluar berjalan jalan. Ya...aku bukan lelaki sebarangan...hahaha

" Gilo ko gelak sorang sorang !! ", herdikan gengkapak membantutkan fantasia bulan madu aku.

" Cess..sebok la kau ni. Sori la kawan..lepas ni aku mungkin takde masa layan kau lagi.. "

" Apsal ? "

" Adalaa..hahaha "


*********

syakuragi : waalaikumsalam..ya cik adik..ada apa abang boleh bantu

senyap.....


syakuragi
: hellooo..ada orang tak ni ?


10 minit berlalu.....


hidayatul : opss sori..SALAH SEND tadi..hehe



**************************


Hakikat itu kadang kadang menyeksakan.

Hamba ini tiada lawa,
Pada diriku siapa yang suka,
Kemana pergi aku dihina,
Oleh setengah insan yang tak bertimbang rasa...

* ( petikan lagu s.jibeng - takdir tuhan )

p/s : lain kali tengok 'id' betol2 la !!!


Syakuragi,

Sunday, August 30, 2009

Kisah Minggu Ini

Minggu ni macam macam perkara berlaku. Mama gaduh lagi dengan papa. Abang pulak asik teringatkan Kak Jah. Nasib baik Cik Krisya selalu temankan. Ada juga tempat nak luahkan perasaan.

Wait a minute please...

" Ni blog Syakuragi la..Lu apahal tulis macam La Dolce Amira !! Nak kena hentak ke !! "

" Sori taiko "

Tapi memang minggu ni banyak benda jadi...

Ajis dengan Paito eksiden
Ajis bawak motor, Paito bonceng belakang. Ajis bawak laju bertembung dengan kereta. Paito jatuh guling guling. Ajis carik Paito. Paito masih guling guling. Pendek cerita, diorang kena bayar 100 kat arab si empunya kereta.

Eskrem hilang time Ramadhan
Yang ni memang misteri. Susah juga nak target sape yang amek. Dahla eskrem mahal. Bukan senang rupanya nak fitnah orang ni.

Arsenal kalah dengan Manchester
No komen. Aku tak sokong mane mane

Kawan kawan kena halau rumah
Berita yang paling sadis pernah aku dengar. Nasib baik sume dah abis belajar kat sini. Diorang pakat pakat balik awal. Tak sanggup layan kerenah arab yang macam ******* ni kot.

Nur Kasih makin saspen
Sian kat Adam. Sian juga kat Nur Aminah. Lagi kesian kat Aidil. Sarah makin jahat.

" Lu ni dah sampai Nur Kasih apahal !! "

" Sori taiko "


p/s : La Dolce Amira dah habis. Apsal watak Arif perlu mati ditangan perompak bengong ?


Syakuragi,

Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan yang Mulia 2

Stat Ramadhan itu hari, jadual hidup aku mula bertukar. Kalau dulu banyak masa dibuang depan komputer, tapi sekarang tidak lagi. Ayam belom sempat menguap aku dah stenbai dengan air semayang sambil tangan pegang Al-Quran. Kadang kadang terlewat jugak bangun, sempat baca sejuzuk dua je sementara tunggu bilal masjid azan subuh.

Menjelang tengahari, selesai semayang zuhur, ada jugakla amal zikir munajat sikit sikit buat bekal dalam kubur nanti. Amal jariah dah la tak banyak. Nak harapkan doa anak aku belum kawen. Time kusyuk beribadat ni, jangan harapla 'keybod' nak merasa taipan keramat aku. Awek awek dah ready pasang webcam kompem kecewa. " Dun worry bebeh, 1 syawal nanti kita sembang la ok ".

Sesuai dengan konsep menguji ketahanan rohani dan jasmani di bulan yang mulia ini, aku juga tak melepaskan peluang menguji ketahanan stamina berjoging sakan di sekeliling kawasan perumahan sementara tunggu waktu berbuka. Ramai juga orang pelik, tak terkecuali yang sangka buruk.

" Mana mamat ni dapat 'energy' joging joging bulan puasa ni ?"
" Ni mesti baru sudah melantak nasi tengahari tadi "
" Gagahnya pakwe tu !! "

Berbekalkan strategi kesabaran dibulan Ramadhan, maka suara suara sumbang tersebut terselamat dari menerima penerajang aku. Kalau bulan Muharram, silap silap sumbing bibir kena libas.

***********


" Eh, takkan berbuka dengan buah kurma dengan air kosong je ", tanya kawan aku.

" Alhamdulillah, cukuplah tu ", balas aku dengan jawapan paling berhemah.


*********

Allahu akbar !!

Imam masjid memulakan solat terawih. Aku yang susah payah menyelit akhirnya hanya dapat berdiri di saf kedua. Sesekali dengar bacaan imam buat aku jadi leka. Terlampau syahdu. 20 rakaat rasa macam solat sunat dua rakaat je. Sedar tak sedar dah masuk ke solat witir.


***********

" Kringgg.. "

Jam loceng menunjukkan pukul 1 pagi. " Ahh.. dah lambat ni ", bisik aku dalam hati. " Tak sempat pulak nak tahajud ni karang "

Sebelum sampai di pintu tandas, aku terpandang jam dinding ruang tamu. Baru pukul 12.30 pagi. " Fuhhh... lega..nasib baik sempat ".


Lebih kurang macam tula jadual hidup aku sepanjang Ramadhan ni. Jadi, kalau ada yang ajak buang masa gelak gelak tu silalah batalkan niat tu awal awal. Kalau dah ter'ajak' tu aku akan tolak dengan lembut je. Jangan risau, memang kaki aku tak berapa nak agresif bulan Ramadhan.



p/s : Seronok betol kalau jadual hidup aku macam tu.


Syakuragi

Friday, August 21, 2009

Ramadhan yang Mulia

Tengah aku susun atur air mineral dalam tandas untuk stebai sambut Ramadhan malam tadi, terdetik dalam otak sekejap pasal 'planning' puasa kali ini.

Orang ramai berebut rebut kumpul pahala masa bulan Ramadhan. Ada yang baca Al-Quran banyak banyak, semayang malam (tahajud) banyak banyak, sedekah banyak banyak, zikir banyak banyak...semua banyak banyak.

Hidup lebih 20 tahun dah kat dunia ni. Puasa mak ayah aku dah train dari sekolah tadika. Tinggal nak praktik je.

Selang dua tiga minit pikir, kepala aku jadi panas..rasa nak meletup.

Apsal bila aku pikir pasal ibadah time bulan puasa otak aku kejang ? Mampukah aku berpuasa penuh pada tahun ini ? Apakah amalan yang aku biasa buat semasa bulan Ramadhan ? Kejadian apakah yang paling tragis yang pernah berlaku ketika aku berpuasa ?


Syakuragi,

Tuesday, August 18, 2009

Mencari Sepotong Hadis

Al kisah pada suatu malam yang hening.. ( backup sound bunyi gagak )



Syakuragi : Betol ke tempat ni Paito ?
Paito : Den dah biaso poie sini..kompem tak silap ( loghat negeri sembilan )

Syakuragi : Tak nampak macam tempat orang belajar agama pon..
Paito : Laa..ekau jangan tengok tang luar yo..kito masuk dulu




Paito
: Haa..cubo ekau pandang kek motor tu.. apo dio tulih ?
Syakuragi : Ha..alif...ra..dal..ya...zai.. Hardiz

Paito : Apo plak Hardiz..hadis la..kigho boto la tompek ni orang blaja agamo..tu la ekau tak cayo.
Syakuragi : Yeke..Alhamdulillah..sampai jugak kite kan




**********( Gelak terbahak bahak sama sama )***********







Hardess
ialah sebuah francais makanan cepat ( fastfood ) yang menyediakan makanan seiras McDonald dan KFC. Selain menyediakan menu yang lazat, harga yang ditawarkan juga begitu berpatutan.



Aksi Paito ketika mendapat tangga ke 50 dalam pertandingan memilih maskot Hardess.


" Hardess dengan Hadis lain la Paito !! "



Syakuragi,

Friday, August 14, 2009

Apa Cerita ?

" Natijah lissa yu'allik nahardhah..insyaallah bukroh "
( result pekse belom tampal lagi harini..insyaallah esok )

Itu antara petikan dialog seorang pelajar Pakistan time hari pertama aku pergi kuliah untuk tengok result pekse. Walaupun aku tak mampu membalas sepatah haram pon dialog beliau, beliau tetap tersenyum seolah olah aku paham apa yang dikatakan sebentar tadi.

********
Keesokan harinya, 9.30 pagi

Dengan dresap sempoi ibarat seorang brader jalanan, aku mengorak langkah ke kuliah untuk mendapatkan result aku untuk tahun ini. Sepanjang perjalanan, aku digoda oleh pelbagai dugaan duniawi. Kebetulan musim musim panas di sini, kebanyakkan gadis sunti arab akan berpakaian agak kurang sopan dan kurang ajar. Dan kebiasaannya, aku juga akan bertindak kurang sopan dengan mengusha body gadis sunti arab sepam dua. Tapi tidak untuk harini. Kalau terlintas Pamela Anderson sekalipon, aku akan tolehkan pandangan aku kebawah supaya otak aku tak tercemar oleh perkara perkara berunsurkan maksiat.



Selawat dan doa juga tak henti henti aku alunkan demi mendapatkan lebih feel sepanjang perjalanan. Sesampainya aku di perkarangan kuliah, kedengaran riuh rendah pelajar pelajar pelbagai bangsa sedang berasak asak di pintu pejabat. Aku yang masih sibuk dengan zikir sekali sekala terapung ke udara usha line nak mencelah.

Lebih kurang 10 minit kemudian, giliran aku untuk bertemu ' syuun ' (dalam melayu kerani kot). Syuun mintak ' kerneh ' (kad pelajar) aku. Aku hulur. Syuun sambut.

Sraappp..... sehelai demi sehelai kertas buku rujukan result pelajar diselak.

Hati aku makin berdebar...


Aku harap keputusan pekse kali ini akan memberi sinar cahaya dalam hidup aku. Ya, aku yakin aku akan lulus kali ni dan naik ke tahun ke 3. Senyuman kedua ibu bapa aku juga mula terbayang bayang. Kiriman bunga harum daripada makwe makwe misteri juga memenuhi kawasan rumah. Semuanya demi meraikan kejayaan aku.



Srapp....tak jumpa lagi


Srappp........



Syuun berhenti menyelak. " Muhammad Syafiq Ismail Husain ? "


Aku angguk.



****************





Balik rumah aku terajang kucing. Spinkick tong sampah. Siku pakcik pengawal. Swet swet gadis arab. Rembat jajan anak kecil. Sergah atuk atuk balik masjid. Curik nat tayar bas sekolah.



Apa kes kena mengulang lagi setahun wei !!



p/s : - tiada -


Syakuragi

Monday, August 10, 2009

Perihal Kehidupan

Mak aku cakap, masa aku kecik kecik antibodi aku lemah tahap mat dadah baru lepas kena lempang dengan polis. Bila cek kat doktor " awak kena banyak bersenam, badan awak lemah ". Tiap tiap minggu ayah aku bawak pergi klinik buat rawatan. Hari hari kena makan ubat tenaga tambahan. Kalau ikutkan hati, nak jugak aku jumpa tok batin kat hujung kampung suruh bubuh tangkal kasi kuat. Tapi ustazah aku pesan benda tu syirik. Cepat cepat aku kensel.

Tumbesaran aku masa tu pon tak berapa nak ngam lagi. Body tak berapa nak solid. Ketinggian pon kurang membanggakan. Asal lepak dengan brader bujang kompem kena buli. Nak ketuk kepala la, sepak perut la, lempang, siku, sesah pakai reket badminton, kena rembat dengan bola tak cukup angin. Sampai satu tahap aku terpaksa redha je jadi bahan belasahan.

Kalau setakat demam tu dah boleh masuk kategori hobi dah. Lari depan rumah demam, gurau gurau dengan sepupu demam, bagi ayam makan demam. Senang cerita, penat sikit dah demam. Ayah aku pon dah mula naik fedap dengan tahap ketahanan aku time tu.

Dan Allah s.w.t itu maha adil...

Lepas setel aku berkhatan masa usia 9 tahun. Keupayaan aku dah jadi lain macam. Tumbesaran naik mendadak, body dah stat ketul ketul. Main dalam hutan sampai senja pon takde hal. Antibodi sikit lagi nak cecah tahap Mike Tyson. Masa ni la aku nak repeat balik semua kelahanatan yang pernah orang buat kat aku.

Aku stat dekat kawasan sekolah. Time rehat, para pembuli aku yang setia dah redi nak pau duit aku macam biasa. Dan kebiasaannya, aku akan kasi. Tapi harini tidak. " Berani ko melawan sekarang ye " kalau tak silap ayat diorang. " Pang pung peng pong !! "....setel.

Berita pasal aku belasah sekumpulan budak budak samseng kat sekolah mula jadi buah mulut orang. Aku diangkat menjadi " abang besar " dalam kumpulan samseng tahap sekolah rendah.
Pantang dengar orang buat masalah, aku setelkan dalam bentuk serangan combo. Bila nama dah naik, perangai setan aku pon naik sekali. Kalau dulu hormat orang tua, bantu orang buta lintas jalan, tolong makcik angkat sayur kat pasar. Sekarang tidak lagi, jumpa orang tua nak carut, nampak orang buta nak tendang dan yang paling teruk sekali ludah sekumpulan makcik sebab bising sangat berborak dalam bas. Biadap kan?

Perangai berlagak tahap samseng tak sedar diri tu terbawak bawak sampai aku sekolah menengah dan terus ke peringkat universiti. Orang cakap sikit nak melantun, marah marah. Berlagak mengalahkan hero Hana Yori Dango.


Allah s.w.t itu memang maha adil....

Sampai di bumi Mesir, body aku rasa makin lemah. Makin lemah dan makin lemah. Hari hari dengar orang citer baik baik. Tak kan dengan ustaz ustaz pon nak kasi penerajang. Silap silap kudung kaki kena doa. Orang marah aku sabar. Aku jadi pelik.

Cuaca di Mesir pulak berubah ubah. Panas tahap ketuhar ada, sejuk plak ngalahkan kedai seven eleven punya ekon. Dan setiap kali perubahan cuaca ni aku mesti demam. Musim sejuk demam, musim panas demam. Musim bunga pon hampir hampir demam. Kadar kesihatan aku mula merudum. Dah tak berapa nak steady. Baru aku sedar, samseng atau kuat macam mane pon orang tu. Tetap makhluk tuhan. Kalau boleh sepak bangunan retak sepuluh pon, tapi kalau Allah s.w.t takdirkan mati kena gigit nyamuk, mati jugak akhirnya.

Dan sekarang, aku cuba dapatkan balik sifat sifat masa aku kecik dulu. Hormat orang tua, tolong orang buta lintas jalan, senyum kat semua orang, belanja kekawan minum air oren dan sebagainya.

Kalau terlajak sikit sikit perangai mazmumah tu kira cincai jela ye. Dalam proses pembaikpulihan.



p/s : aku demam teruk itu hari. Sebab tu terpikir nak tulis entry ni. Kasi insaf kat diri sendiri.

Hamba yang lemah
Syakuragi,

Saturday, August 8, 2009

Kembali ke Jalan Benar


Selain dari masalah sosial yang berkaitan dengan remaja pada masakini, kita juga tidak harus memandang enteng masalah yang tidak kurang besarnya iaitu masalah obesiti atau nama lainnya bentuk badan macam ayam daging. Sekiranya ia berlaku dikalangan pakcik pakcik atau bapak budak, perkara ini masih boleh dimaafkan. Tapi kalau umur belum mencecah 30-an dan sudah menyertai pakatan obesiti ini, masakan masyarakat boleh memaafkan mereka semudah abc.

Jadi, aku yang sudah berkecimpung hampir sedekad dalam pakatan obesiti ini perlu mengambil langkah berjaga jaga bagi mengelakkan diri dari mengalami lebih banyak herdikan rakan rakan dan juga keluarga tersayang.

Setelah membuat sedikit penyelidikan dan kajian, akhirnya aku berjaya menemui kaedah terbaik untuk menyusutkan kembali bentuk fizikal aku yang kini terlalu mirip dengan maskot maskot yang sering kita jumpa di pintu pintu supermarket.

Malam semalam, tindakan drastik dan dramatik telahpun aku lakukan dengan memasuki sebuah pusat kesihatan a.k.a gymnasium a.k.a kelab badan ketul ketul setelah hampir setahun tidak melakukan sebarang aktiviti yang menyihatkan.

Aku tak meletakkan harapan yang terlalu tinggi dalam program gymnasium kali ini. Tak perlulah sampai jadi Mr. Universe misalnya. Cukuplah sekadar terpilih untuk mewakili negara dalam rancangan Man of The Year. Hadiah wang tunai yang aku dapat dari rancangan itu boleh juga buat modal berniaga ternak kambing dua tiga kandang. Tak payahlah mak ayah aku susah payah carik duit lagi. Aku nak jugak merasa sara hidup mak ayah. Tak salah kan?.

Cuma kadang kadang semangat aku sebagai manusia biasa boleh berubah tanpa diduga. Kadang kadang semangat mengalahkan askar mongolia, agresif tahap dewa. Kadang kadang jadi semangat Naser Wahab. Dulu orang nak nyanyi lagu jiwang dia follow, orang nak nasyid dia pon nak nasyid. Lagu wudhu' ke hape ntah dia sama Ebby Saiful nyanyi. Kumpulan Pedoman kalau tak silap. Ntah pape punya perangai.

Aku teringat pepatah seorang ahli bina badan.." No Pain No Gain" yang bermaksud " Tiada Sakit Tiada Hasil " (betul la kot). Jadi nantikan transformasi aku yang seterusnya lebih kurang 3 bulan dari sekarang. Kalau takde perubahan, aku letupkan gym tu biar jadi padang pasir kasi port unta lepak lepak.


Syakuragi,

Monday, August 3, 2009

Telefob Bimbit dan Saya

Trut..trutt..truttt...

" pit, tolong angkatkan henpon mak tu " jerit mak aku pada suatu hari. Dan sebagai anak yang patuh lagi taat pada kedua ibu bapanya, aku sama sekali tidak ingkar akan arahan tersebut.

Aku capai telefon bimbit yang berada tidak jauh dari tempat duduk. Aku perhati dalam dalam nombor yang terpapar di skrin.

Kalau dibiarkan lama lama nanti penat pulak si pemanggil nak tunggu. Tak baik. Aku tekan ibu jari ke arah butang yang disediakan.

" Hello " ucapan selembut operator telekom aku lontarkan.

" Hellooo.. " kali ini nadanya agak keras dan berbeza dengan hello yang pertama.

Senyap....

" orang main main kot" bisik hati aku. Isu orang kol kemudian tutup memang benda yang aku paling bengang. Kalau ya pon nak main main, kacaula awek klinik ke, awek seven eleven ke. Tak payahla nak kacau mak aku.

" Sape telefon ? " jerit mak aku yang sedang sibuk menjahit di ruang tamu.

" Entah la mak, tekan je butang ni tadi...senyap je takde suara.

" Butang mana ko tekan ? "

" Warna merah " jawab aku sambil muka menghadap tingkap stail hero hero drama bersiri.

Mak aku geleng kepala. Adik aku tutup mulut tahan gelak. Ayah aku mengeluh dari luar rumah.


...........

" Tu butang cancel la samdol " laung akak aku dari dalam bilik.


Fakta : Aku mula guna telefon bimbit semasa berumur 17 tahun dan kejadian di atas berlaku semasa aku berada di tingkatan 2. Bukan salah aku kan..



Syakuragi,

Friday, July 31, 2009

Yela

Sambil layan layan webcam dengan awek awek myspace tadi, aku terbaca teguran dari sape ntah pasal entry aku sebelum ni ( naik teksi ). Akibat gusar dicerca mahupun diherdik oleh masyarakat, aku dengan segera menukar gambar budak kecik angkat tangan tegakkan jari tengah dengan gambar yang lebih sopan.


p/s: mekasih kurin sempat sedarkan aku. ( niat nak letak gambar lebih durjana lepas ni sebenarnya)


Tak mencarut dah
Syakuragi,

Thursday, July 30, 2009

Naik Teksi

Pengangkutan awam sememangnya keperluan bagi setiap masyarakat. Baik yang muda, tua, lelaki, wanita, cacat, sempurna, hitam, gemuk, kurus, semuanya tidak terkecuali dari terlibat dengan pengangkutan awam.

Meskipun begitu, gejala kurang sihat dan celaka daripada pemandu itu sendiri menyebabkan pengangkutan awam sering menjadi cemuhan di bibir segenap lapisan masyarakat. Aku teringat kisah seorang pemandu teksi yang begitu cipan melayan pelanggan.

" Pakcik, kitorang nak balik sekolah ni, berapa tambang ? " soalan sopan seorang pelajar sekolah agama.

" Ermm, 7 ringgit satu kepala " jawapan berunsur nada gampang.

" Tapi sekolah kitorang atas bukit tu je, tak kan la mahal sangat ? (7 x 4 = RM 28) " nada bergurau.

" Hei, korang ni bengap ke ape ha? harap sekolah je tinggi, tapi bodoh berbakul bakul, aku cakap satu kepala 7 ringgit, 7 ringgitla "

Kecewa dengan jawapan lahanat pakcik teksi tersebut, aku dan kawan kawan terpaksa menunggu bas hampir 2 jam di perhentian untuk pulang ke sekolah. Dengan penuh dendam kesumat, aku menyimpan hasrat untuk membalas ' kesopanan ' pakcik teksi tadi suatu hari nanti.

********

cuti sekolah menjelang tiba.

Sementara menunggu lampu isyarat bertukar ke warna hijau, aku mengambil kesempatan membuka pelindung topi keledar dengan niat mencucuh sebatang rokok. Nikmat sedutan rokok aku terhenti tatkala melihat seorang warga emas sedang berusaha melintas jalan sambil menjinjing beg plastik yang sarat dengan barangan makanan. Baru balik pasar barangkali.

Sel saraf otak aku mula bertindak pantas seraya melihat warga emas tersebut. Tanpa berfikir panjang, aku memusingkan handle motorsikal ke arah beliau dan berhenti. Beliau pandang ke arah aku. Muka kerut kerut nak cam. Aku hembus sikit asap ke muka beliau tanda seorang kutu.

" Pakcik cam tak saya ? "

" Ermm, tak berapa la nak, tapi pakcik mintak tolong tumpangkan pakcik sampai hujung jalan tu boleh tak. Pakcik tak larat nak jalan ni "

" Boleh pakcik, apa salahnya..naik la, tambang 7 ringgit ye "

" Ehh..tak kan nak tumpang pon kena bayar ? "

" Wei orang tua, ko bengap ke hapa ? dah la sekolah tak tinggi mana, bodoh berlori lori, aku cakap 7 ringgit, 7 ringgit la.. "

Warga emas ternganga. Terkesima aku mengucapkan ayat biadap sebegitu.

" Oh ya, satu lagi pakcik. "

" Apa lagi nak ? " sayu sambil pipi dibasahi air mata.




f**k u !!!


sekian..

p/s : pakcik teksi kalau jumpa aku lepas kejadian tu memang tak penah miss bagi salam.


Syakuragi,

Monday, July 27, 2009

Sukati la..Lantak la

10 tahun yang lepas - Sekolah Kebangsaan Dato' Abdullah, Gemencheh

Aku seorang pengawas yang brutal. Budak langgar disiplin kena lepuk. Part yang paling aku bengang...

" Apesal main gelongsor gelongsor kat tangga tu, jatuh kang ", ketika sound budak darjah 5.

" Sukati la, bukan ko yang susah pon "

" Haah, lantak ah "

Pelepoww !! penampar aku hinggap kat pipi budak darjah 5. Muka serta merta jadi mode tempeyek.

Haha..puas hati aku. Ya, aku memang brutal


5 tahun yang lepas - Maahad Ahmadi, Gemencheh

" Wei, korang ni tak reti nak masuk musolla ke? kan orang tengah ceramah tu "

" Sukati la "

" Lantak ah "

Pelepoww !! penampar budak tingkatan 5 hinggap tepat di pipi budak tingkatan 3.

Ya, aku masih brutal.


Tahun lepas - Sekolah Kebangsaan Dato' Abdullah, Gemencheh

" Cikgu..cikgu, tengoklah Haikal ni, asik kacau kite je "

" Haikal, baik kamu duduk, kena kamu nanti "

" Sukati kita la "





*********************





Agak agak apa jadi dengan Haikal ?




Klu : Haikal jadi seorang pelajar yang sopan.


Syakuragi,

Friday, July 24, 2009

Lepas Ni Jangan Tanya Kenapa Aku Benci Belon

Ketika melintas jalan menuju ke rumah kawan, aku terserempak dengan sekumpulan kanak kanak yang begitu riang dan hepi sedang bermain belon. Setiap lambungan belon tersebut akan disambut dengan iringan gelak tawa yang cukup menghiburkan.

" Seronok betul jadi budak budak ni, " bisik hati aku.

Secara spontan juga ingatan lama aku menerjah. Dan memori ini seperti ada sangkut pautnya dengan belon.....

************

kelas 3 merah

" wei aku nak belon warna merah, tak suka kaler kuning ", aku jerit kat salah sorang member.

" buek buek buek..( tanda tak nak kasi ) "

" siap kau " sambil lipat seluar stenbai nak kasi penendang tepat ke kepala.

Tiba tiba telinga kiri aku terasa pedih. Pulasan dari Cikgu Bibah masa tu memang azab. Silap silap boleh koyak telinga.

" siapa ajar kamu jerit jerit macam tu hah !! "

" nak sangat belon kaler merah ye. nah ambik "

Bertubi tubi Cikgu Bibah jerit kat aku sambil hulur belon. Aku terus sentap dari tangan beliau tanpa ucap terima kasih. Pedih kat telinga ni macam mana kira ?

Dalam keadaan marah, tak puas hati, rasa nak mengamuk aku tiup kuat kuat belon kaler merah sehingga mencapai tahap tak perlu tiup dah. Rakan rakan sekelas mula lari bertempiaran kerana sedar nyawa mereka akan berada dalam keadaan yang merbahaya sekiranya tidak beredar jauh dari situ.

Pelepowww !!!

Letupan belon tersebut menjadi titik noktah aku dalam sukan meniup belon sehingga ke hari ini. Sakit dari hasil pulasan Cikgu Bibah tadi serta merta menjadi azab yang maha kecil jika dibandingkan dengan libasan getah belon kaler merah tersebut.

Fakta : Aku tak suka tiup belon, beli belon, tengok belon, pegang belon dan semua yang berkaitan dengan belon.

Siapa main belon dekat sebelah aku memang makan pelempang.

Syakuragi

Tuesday, July 21, 2009

True Pojok Founded

Berita yang agak menggemparkan seluruh peminat warung pojok di Mesir. Hakikat yang sebenarnya, pojok mempunyai main base tersendiri di Indonesia.
Adakah ini bermakna, warung pojok di Mesir sekadar sebuah cawangan kecil mereka sahaja? atau mungkinkah bekas pekerja pojok di Indonesia pernah berpatah arang dengan tuan mereka dan melarikan diri ke Mesir lalu membina warung pojok yang lain?..bagaimana pula nasib brader brader warung pojok sekiranya kegiatan mereka di Mesir diketahui oleh pihak pojok di Indonesia ?



gambar yang dikirim oleh encik Beradung ketika beliau melakukan lawatan ke Indonesia.




Syakuragi

Sunday, July 19, 2009

Pertengkaran Kuasa Dunia

Gengkapak
Karachi, India










Syakuragi
Jerman










Paito
Portugal











Yid
Perancis











Jai
Malaysia










Pak Asan
Thailand













Perbalahan di antara kuasa kuasa dunia ini masih tidak menemui jalan penyelesaian meskipun sebelum ini Seoul dan Pyong Yang dibawah pimpinan Gengkapak telah barai diserang kuasa dunia lain.

Negara manakah yang bakal menjadi mangsa pengeboman besar besaran selepas ini ??


Syakuragi a.k.a New Nazi Leader

Friday, July 17, 2009

Berjalan ke tempat mulia di hari Jumaat

Selesai menunaikan solat subuh ( berjemaah ), aku bergerak keluar bersama geng perang yang lain menuju ke sebuah destinasi suci di bahagian barat Kaherah. Kawasan yang bakal diziarahi memang agak feymes kalau aku nak sebut. Nak percaya atau tak sukati korangla.

Dengan berbekalkan keazaman yang tinggi dan bekalan kewangan yang terbatas, kami berhenti disebuah kawasan yang dinamakan Sayyidah Aishah. Dan khabarnya, kawasan ini dinamakan Sayyidah Aisyah sempena dengan nama cucu kepada cucu Rasulullah S.A.W iaitu Saidina Hussein.

Selepas ketibaan kami di Sayyidah Aisyah, kami terpaksa menyambung perjalanan dengan pertolongan kenderaan elit di Mesir untuk sampai di satu lagi kawasan yang lebih gharib iaitu Suk ( pasar) Syafi'e.

Keadaan di Suk Shafi'e agak gharib disebabkan pasar ini menjual pelbagai benda merepek dan tak masuk dek akal. Kedai pakaian, haiwan peliharaan, minuman, bahan elektronik terpakai semuanya dicampur aduk dengan penuh gelabah dalam satu kawasan. Mungkin inilah antara rencah keghariban Suk Syafi'e.

Selesai membeli belah ala kadar di Suk Shafi'e, kami menuju ke tempat utama lawatan pada hari ini. Suhu yang hampir mencapai takat lebur menambahkan lagi dugaan perjalanan disamping kami dipaksa melalui sebuah lorong penyembelihan yang horror.

Berkat izin Allah S.W.T, kami berjaya sampai. Dan tempat ini memang feymes sempena terletaknya makam orang yang feymes dan ilmu beliau yang feymes.

Beliau ialah Al-Imam Syafi'e r.a... ( tak kenal tak taula)



sisi pandangan dari sebelah luar kawasan masjid Imam Syafi'e.



alunan zikir kedengaran semasa gambar ini diambil.



sisi pandangan dalam masjid Imam Syafi'e. Kitorang sempat menunaikan solat Jumaat bersama pak pak arab di sini. Dan makam Imam Syafi'e juga terletak didalam kawasan masjid ini.



Pak Arab kat sini cakap menatang ni alat permainan berunsurkan funfair. Tapi hati aku berat cakap yang benda ini mirip alat seksaan dalam movie saw.



Beginilah keadaan di kawasan Sayyidah Aisyah yang sesak, hiruk pikuk dan kacau bilau. Kalau rasa rasa ada penyakit pitam baik jangan hampiri kawasan ni.


Pesanan : Jangan cakap aku tak reti nak ziarah tempat yang baik baik.


Syakuragi

Thursday, July 9, 2009

Attabah the Black Area

" Wei bangun, jom pergi carik tikar getah "

Cara kejut yang agak mengejutkan oleh Pak Asan menyedarkan aku dari tidur pagi tu. Nasib baik bukan tengah mimpi jumpa bidadari. Kalau tak, boleh jadi gaduh jugak kena kejut macam tu.

Aku terus capai henset dan tengok jam baru pukul 9 pagi.

" Awal lagi ni ", bisik hati aku.

Demi tak menghampakan hati Pak Asan, aku tanpa lengah bersiap siap basuh muka dan sarung baju kotor. Dresap kacak sangat pun bukan nak keluar carik awek.

Pencarian kami berdua akan tikar getah bukanlah semudah yang diramal. Dahlah kedai pak arab tak banyak yang jual, kalau ada jual pon tutup. Kedai yang bukak jual pulak mahal. Memang tak masuk dek akal semeter tikar getah boleh cecah LE 40 - 85 dan kedai sebelah pulak jual LE 18 - 25. Kan kurang sopan teknik meniaganya tu.

Misi mencari kami hampir ke penghujungnya apabila sampai di sebuah kawasan membeli belah yang paling horror di Mesir iaitu Attabah. Bagi pelancong pelancong yang datang ke sini akan rasa teruja sebab hampir segala jenis barang dimuka bumi ni ada dijual. Tapi bagi aku Attabah bukanlah sebuah tempat yang boleh dijadikan tempat ideal untuk bergembira sambil membeli belah. Kalau rasa takde tujuan pergi kesana diharap cepat cepatlah batalkan niat.

Diceritakan suatu masa dahulu Attabah ialah kawasan bagi taiko taiko Mesir melepak. Ciri ciri bangunannya yang tersusun dengan sempit dan padat juga dikatakan sebagai strategi para taiko untuk melakukan kegiatan haram mereka. Kalau dilihat secara maknawi, kita akan dapat lihat betapa kagetnya pak pak arab yang melalui jalan Attabah. Silap langkah, maut padahnya.

Aku juga pernah disuruh balik oleh pihak polis kerana dikhuatiri akan terjadinya mudarat. Kemungkinan pada masa itu ada beberapa kabilah arab yang sedang bertengkar. Pertengkaran mereka juga boleh mengakibatkan jalan jalan dikawasan sekitar terpaksa diperbaiki akibat pecah dek kesan pijakan dan hentaman peluru berpandu.

Tapi tu semua tak mematahkan semangat aku dan Pak Asan untuk meredah Attabah. Semuanya demi melengkapkan projek mega ke fasa yang terakhir iaitu memasang tikar getah.
Sewaktu sibuk mencari dan deal harga, kitorang ada jugak terserempak beberapa orang yakuza dan sekumpulan mafia sedang bersidang dengan taiko di Attabah. Mungkin berbincang tentang harga barangan pasaran gelap.

Dipendekkan cerita, kitorang terjumpa sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis tikar getah di sebuah lorong kecil di penghujung Attabah. Selesai deal harga lebih kurang, Pak Asan setuju angkat 40 meter dengan harga LE 18 semeter.

Selesai urusan jual beli, aku ngan Pak Asan tak tunggu lama. Memang pakat terus balik. Risau jugak kalau kalau bertembung dengan brader brader arab kongsi gelap. Tak kena pau besar kemungkinan kena jemput join masuk geng diorang


Tuesday, June 30, 2009

Mega Construction

Setelah mengadakan beberapa siri lawatan dan perbincangan dengan beberapa negara negara maju, Syakuragi al-hensemi seorang jutawan minyak di Kuwait bersetuju untuk melaksanakan sebuah projek mega tahunan di Kaherah yang menelan kos perbelanjaan kira kira RM****.**.

Projek ini juga akan diselenggara oleh syarikat cattepijalan oleh kerana pihak mereka berjaya menawarkan harga yang dikira berpatutan.

Menurut wakil syarikat cattepijalan Mr.Misai Tebal " saya akan memastikan projek ini akan selesai dalam masa dua hari "

Tambahan beliau, sekiranya kos pembinaan dikurangkan maka, beliau khuatir projek ini pasti akan mengalami masalah yang lebih besar dimana pembinaan ulangan mungkin diperlukan.

Selesai mendapatkan kata putus dari Pak Asan selaku rakan kongsi, mereka menandatangani kontrak bagi mengelakkan penipuan terang terangan oleh Mr.Misai Tebal.

Ketika ditanya oleh beberapa wartawan tempatan, Syakuragi menyatakan memang keinginan beliau untuk melaksanakan projek mega ini sejak 2 tahun yang lepas. Selain itu juga, pihak syarikat Syakuragi & Pak Asan akan mengadakan beberapa sidang akhbar bagi menjelaskan spekulasi mengatakan syarikat itu khabarnya telah membeli beberapa syarikat besar dunia termasuk syarikat milik Donald Trumph dengan bayaran secara tunai.

" Kami bercadang untuk membeli seluruh negara Eropah termasuk Amerika Latin bagi tujuan pertanian ," - Pak Asan

Sumber - Reuters

Monday, June 29, 2009

isu pulang ke Malaysia

esok petang ramai memember akan balik Malaysia...

rase macam nak balik pon ade dah ni..

keputusan setakat ni :

a) lepak layan citer masak lomak cili api
b) jejalan sekitar Mesir ngan Pak Asan
c) order tiket senyap senyap
d) lepakss ngan gengkapak tengok cite ceploss ( cito hantu bangang)

ini poster 'ceplos' (si hantu bengong)

kesimpulannya, memang akan bosan cuti kali ni..nak update pon malas..yang rajin hanya melantak dan tido..

bosan dan takde idea,
Syakuragi

Sunday, June 21, 2009

Agak Agak La

Memiliki tubuh badan yang agak besar berbanding rakan rakan lain memang satu kelebihan. Selain dari mampu mem'back up' rakan dari dipau atau dilempang dek samseng, kita juga mampu meringankan beban yang diangkut oleh orang yang lebih kecil. (dah macam gajah pulak dah)

Tapi benarkah memiliki tubuh badan yang besar satu kelebihan ?

Bagi aku tidak..

Ianya bukanlah satu ketidak syukuran tapi, aku sendiri pernah menjadi mangsa sikap prejudis masyarakat terhadap orang yang bertubuh besar.

Sebagai peringatan, kadar ketinggian aku mula meningkat seawal usia 9 tahun. Akibat peningkatan yang mendadak, banyak seluar panjang aku menjelma jadi seluar pendek dan seluar pendek pula seakan akan seluar dalam. Disebabkan susuk tubuh badan yang agak besar juga, masyarakat sering mengutarakan soalan soalan bengong pada aku..

" Eh, amek SPM kan tahun ni ? "

" Bila nak nikah ? "

" Orang rumah kamu mana ? "

Agak agak la wei, aku baru sekolah rendah masa tu. Itu hanya pertanyaan dari masyarakat sekeliling. Persepsi masyarakat luar dan soalan tahap tenuk yang diajukan.

" Makcik, tiket untuk kanak kanak satu " - darjah 5 nak beli tiket bas transnasional

" Mana adik kamu ? " soalan bengong dari makcik tiket.

" Saya la makcik, mana ada adik adik "

" Kamu mana boleh beli tiket kanak kanak !! perasan !! dah besar pon tak reti nak beli tiket ke?"

Kalau ada tombak memang aku tikam jantung makcik tu. Tapi nak salahkan dia pon tak boleh jugak. Mungkin makcik tiket hanya memiliki kadar iq sebanyak 0.2 untuk membezakan umur seorang kanak kanak dan orang dewasa masa tu.

Kebebasan untuk meloncat loncat di taman permainan juga terpaksa aku tinggalkan lebih awal dari kanak kanak normal yang lain. Gud bai gelongsor, jongkang jongkit, boyan, pembetong kaler kaler.

Masa nak main bot mainan kat pusat hiburan dalam pasaraya.

" Maaf ye..permainan ini hanya untuk 12 tahun ke bawah "

" Aku baru 10 tahun la tenuk !! "


Memiliki tubuh badan yang besar memang banyak kelebihan kan ?


Syakuragi

Thursday, June 18, 2009

Sukan Bola Sepak

mamat ni namanya Zidan dan beliau lagi handal dari Amri Yahya


Malam tadi sekali lagi pasukan kebangsaan Mesir berjaya menunjukkan aksi menakjubkan dengan menewaskan Itali ( 1-0 ) dalam piala kofederasi. Aku, Pak Asan dan dua Apat agak teruja dengan persembahan dari pasukan Mesir. Dengan teknik gelecek pantas, passing tepat, back tak ngelabah. Memang cun gila babeng ah. Selepas tamat perlawanan kitorang bersorak dengan riang bersama jiran jiran arab " mabruk ya misr !! ". Terdetik seketika dalam fikiran aku yang aku sokong tadi bukan negara aku. Baik aku sokong pasukan Malaysia je.

"Mungkin mereka ( pasukan kebangsaan Malaysia ) dah maju sekarang ni ", aku cuba sedapkan hati.

" Berilah peluang kami menunjukkan aksi kami yang sebenar ", pemain Malaysia.



Kalau macam ni la gaya tangkap bola yang Malaysia boleh buat, jangan harap aku nak sokong !!


Syakuragi

Sunday, June 14, 2009

Ke Restoren Pojok : Part 2 ( versi gambar )

Signboard Pojok yang simple simple

Nasri, Bro, Ejan buat buat borak tahan lapar

Wira : Pit !! awek indon
Aku : tengah usha la ni
Pak Asan : errrmmm ( mata meliar gak )
Apat : Astaghfirullahal azim

Air sampai sudah


Kehadiran 'spesel kick' nasik ayam bakar dan bakso spesel


Wira melantak dulu

Tak sempat ustaz pojok hantar bil dah jadi macam ni


Keseluruhannya memang pojok cemerlang malam tadi. Ingat nak suruh Jalan Jalan Carik Makan pegi sini la nanti.

Fakta: makan nasik ayam bakar + bakso spesel + lemon dingin = LE 16..
pojok = cepat, cekap, sedap, murah, bleh tengok awek indon


Syakuragi