Sunday, May 31, 2009

My Review : Dulu dan Sekarang

gambar ini disnap 5 minit sebelum kedua dua mangsa dibaham harimau kumbang


Era 90-an

Kehadiran aku di pra sekolah pagi tu menimbulkan seribu macam persoalan. Setiap pasang mata yang memandang seolah olah mengatakan aku bakal mencetuskan gelombang revolusi peperangan yang cukup hebat di kalangan mereka pada waktu itu.

Lantas seorang budak angkat tangan dan berkata " cikgu cikgu, dia ni macam orang jahat je "...
" haah la cikgu " yang lain menyampuk.

Aku balas kata kata budak tersebut dengan sorotan mata yang ganas dan gerakan jari tanda isyarat bunuh. Beliau terus terdiam.

" Ish tak baik kamu semua cakap macam tu, cikgu kenalkan kawan baru kamu semua Muhammad Syafiq "

Selepas memperkenalkan diri lebih kurang, aku carik port belakang sekali dalam kelas..baru ada aura taiko. Selang beberapa hari kemudian, tadika kami di 'ambush' oleh brader sekolah rendah pada waktu rehat. Makanan kami dirampas, harta benda dirompak, pelajar perempuan dikacau (budak sekolah rendah dulu apa tau!!)

Aku dan memember lain yang sedang melepak borak hal hal politik agak kaget bila dengar kejadian tu. Selaku hero tadika yang tak penah miss sarapan pagi, perkara ini tak boleh dipandang enteng. Setelah mendapat kata semangat daripada makwe makwe, aku mengorak langkah ke bahagian sekolah.

" Kita kena rancang serangan ni dengan rapi " aku melantik diri sebagi kapten
" Lu jalan kitorang layan " sahut memember tadika yang lain
" okeh, wan serang atas, bob serang sebelah kanan, joe bahagian kiri dan aku sendiri akan datang dari depan, setuju ? "
" baik bos ! "

Kami memulakan langkah dengan penuh berhati hati menuju ke kelas brader brader. Misi ini perlu dilakukan secara sembunyi dan tidak diketahui oleh guru guru yang lain. Dan jika berjayanya misi ini maka geng kami akan diiktiraf sebagai taiko besar di seluruh pelusuk sekolah.

Sesampainya kami di sana, pembahagian kawasan serangan dimulakan seperti yang dirancang.
Aku yakin lepas ni semua pelajar akan gerun bila dengar nama kami nanti.

Sedang khusyuk 'aim' sasaran, tiba tiba....

"apa kamu semua buat kat sini hah!!" jerkahan dari Cikgu Razak membantutkan misi kami seterusnya membuat sistem perkumuhan kami bercelaru.
Tanpa membuang masa, aku terus menggunakan kata kata hikmat pelembut hati. Ianya berbunyi begini

"cigu cigu, kite nak carik tandas la..kat mane ek " (pelat budak 6 tahun)
" haah la cigu, kitorang dah tak tahan ni, shakit peyut " sambung memember yang lain

" lain kali tanyala abang abang atau kakak kakak kamu, mari cikgu bawakan"

Kami semua pulang ke tadika dengan keadaan hampa kerana counter attack yang derencanakan tidak berjaya..

****************************

Pergaduhan aku dan brader brader sekolah tetap berlaku setahun lepas tu. Kejadian ini dianggap peperangan epik yang paling bersejarah di sekolah pada waktu tu. Seramai 3 orang brader berjaya menewaskan kumpulan kami yang dianggotai seramai 10 orang. Walaupun kalah teruk, pertempuran ini dianggap sebagai titik permulaan kami dalam bidang pen'taiko'an dan menjerumuskan kami ke arah peperangan yang lebih dahsyat
Antaranya pertembungan dengan budak sekolah cina yang hampir hampir menyebabkan sebahagian anggota kumpulan mengalami kecacatan. pergeselan diantara sekolah kami dan sekolah sekolah rendah sekitar gemencheh dan banyak lagi


Kini semua tu sudah berlalu. Pedang samurai yang dianugerahkan semasa dipilih menjadi tokoh taiko berkaliber oleh bos yakuza juga telah aku pulangkan.

Moral: Pergi sekolah belajar bukan bergaduh


p/s :Gua nak jadi ustaz beb..

Syakuragi

Saturday, May 30, 2009

Siapla Korang..

Dalam 2 3 hari ni, banyak tajuk berita dalam sekabar yang aku baca menceritakan perihal kelakuan rakyat Malaysia yang semakin bengong dan tak tentu arah. Kadang kadang rasa pelik pun ada jugak. mana taknya, diorang(pesalah) seolah olah bangga pulak bila nama terpampang kat dalam sekabar tu. Kalau boleh lagi pelik tajuk berita tu, lagi brutal agaknya diorang ni pikir.

Antara tajuk berita yang brutal :
# pelajar perempuan mengaku buang bayi
# pelajar kolej melaram pistol
# arah teman lelaki perkosa rakan
# remaja enggan buka mulut dibelasah
# 'anak saya mati dipukul'
# syak jaga dalang
# ibu biar anak dirogol

Sekali sekala baca berita macam ni boleh la..tapi kalau dah tiap tiap hari asyik cerita jenayah, sudah pasti boleh menimbulkan rasa horror dikalangan pelancong luar dan saudagar saudagar arab untuk datang ke Malaysia.

Slogan ' Cuti cuti Malaysia ' juga mungkin sudah tidak boleh digunapakai lagi buat masa ni. Aku cadangkan kita guna ' Cuti di Malaysia Anda Mati '. Apa dah jadi dengan diorang (orang jahat Malaysia ) ni? Gunalah otak sikit kalau nak buat jahat tu. Kalau terlepas kat dunia pun, kat akhirat belum tentu bai !!

Jadi aku nasihatkan kepada rakyat Malaysia semua (apahal ni?)..berenti berentila buat jahat tu.
Pulihkan semula imej rakyat negara kita. Aku lagi sanggup tengok orang joget inang, main congkak, main layang layang, zapin daripada rogol rogolan, bunuh bunuhan ni semua.

Kalau tak berubah jugak sampai aku naik PM nanti, siaplah korang semua (orang jahat).

p/s : Dr. Mahathir suruh aku khatam ilmu matematik dulu, nanti dia up aku naik PM.

Friday, May 29, 2009

Merokok Membahayakan Kesihatan


MEROKOK DAPAT MENYEBABKAN KANKER,
SERANGAN JANTUNG, IMPOTENSI
DAN GANGGUAN KEHAMILAN DAN JANIN


Kerajaan Malaysia seharusnya bina ayat macam ni supaya perokok perokok jadi seram nak menyedut menatang ni..


p/s : memang 'feel' tahap awan layan surya (gudang garam) memalam ni.

Thursday, May 28, 2009

Tengok Bola (hapdet lambat)

Asalnya cadang nak tengok kat rumah kabilah 3 tapi nak buat macam mana..channel sebanyak 300 yang disediakan tidak mampu menayangkan final champion league semalam.

Dengan hati panas bercampur energy gorila, aku beralih ke sebuah kedai shisha port lepak pak pak arab..biasanya diorang nya fanatik tengok bola ni lain macam. Harap harap tak ramai..


Sesampainya kitorang kat sana.......






Sudut view yang disediakan..

Ini namanya tengok tengkuk pak arab bukan tengok bola..Puyol dengan Messi pon susah nak cam dah. Evra dengan Eto pulak dah nampak macam kembar seiras..hampeh betol !!


Syakuragi

Wednesday, May 27, 2009

Demi Kawan ( Sempena Final Champion League 09)















Ronaldo yang Manchester






Messi yang Barcelona



kalau aku sokong MU kang Messi merajuk, kalau aku sokong Barca, Ronaldo pulak tanak kawan, senang cerita aku tak sokong mana mana..


Faktaringkas : Ronaldo dan Messi tak reti main takraw.

Monday, May 25, 2009

Kenapa Saya Minat Belajar dalam Bidang Agama

Masa kecik kecik dulu memang tak terlintas pon dalam kepala otak aku untuk menceburi bidang agama ni secara serius. Tapi disebabkan beberapa insiden berdarah pada masa tu, jiwa aku yang boleh dikategorikan sebagai budak 'gampang' di kampung terus berubah..

Insiden 1 :
Suatu petang di kelas fardhu ain kampung. Dan seperti biasa tok imam akan suruh semua budak budak dalam kelas tulis ayat dalam tulisan jawi. Kebetulan pulak time tu akak dan abang aku tak datang. Biasanya, diorang yang akan tuliskan untuk aku.

" Syafiq, kot ekau tak buleh tulih soksah lah tulih yo " sound tok imam dari depan.

" Ekau tu bebudak laie, nulih ABC pon ghoman cacing kerawit !! " celah sorang brader

Semua orang dalam kelas tu gelakkan aku. Padahal bukan kelakar sangat. Memang aku hangin dengar kutukan camtu.

" Wei bangsat, ko ingat ko dah besar ko pandai ! aku johan khat tadika peringkat negeri la" dengan hangin aku jerit sambil urat kat lengan denyut denyut macam nak pecah.

Akhirnya, tok imam kasi la jugak can untuk aku tulis. Terharu jugak sebab tok imam pon seolah olah yakin akan kebolehan aku. Brader brader yang gelakkan aku tadi mula tunjuk isyarat tangan macam macam. .jari hantu la, sembelih la.

Tak lama kemudian, tok imam pon cek buku tulis semua orang. Bile sampai turn buku aku, serta merta beliau tergelak sambil air mata memancut keluar.

" Apo tulisan ekau macam cacing tak cukup sipat ni.. hahaha! "

Sekali lagi aku digelakan macam orang sakai dalam kelas. Serta merta respek aku kat tok imam hilang. Muka brader brader pulak semua berubah jadi kerek macam nak mintak kena cincang.


Insiden 2:
Hari ni hari raya. Dengan penuh semangat kebudak-budakan, aku hadir ke masjid untuk semayang raya. Sebab biasanya brader brader yang pegi semayang raya ni tampak lebih macho dan bergaya kalau nak dibandingkan dengan brader brader yang lain.( main dam dipagi raya )

Dipendekkan cerita, tahun tu aku taknak sembahyang raya sebelah kekawan yang lain. Hilang macho semayang ngan diorang..tengah semayang pon nak cerita kasut raya kaler apa. Aku ambik port sebaris dengan brader brader. Time tu terasa nak mengayat akak akak pon ada gak.

Tetiba bilal buat pengumuman.." disobab an kito semayang ghayo ni pon sekali yo setahun, suko la sey nak ingatkan kaifiat semayang ghayo ni....bla bla bla "

Walaupun pesanan bilal masa tu agak penting bagi kanak kanak hingusan macam aku, aku tetap maintain buat buat malas dengar..jatuh ah stendet aku kalau benda kecik macam tu pon tak tau.

" Kamu tau ke nak semayang raya ni? "tetiba ada seorang makwe sebaya aku tegur.
" Laa, saya hari hari semayang raya " jawab aku dengan yakin.

" ooo, boleh lah saya ikut awak nanti ye " makwe tadi makin kuat mengayat
" awak follow je, saya ruku' awak ruku', saya sujud awak sujud, "kata aku dengan tenang.

Selesai iqomah, kami berdiri dalam keadaan stenbai nak semayang.

" jangan lupa follow saya tau " aku cuba mengingatkan makwe di belakang.

" Allahu Akbar ! "

Kesudahannya, imam angkat takbir kedua aku dah ruku'..takbir ketiga aku terus sujud.
Makwe tersebut pula terus ajak clash sejurus selesai tahiyyat akhir.

Faktaterkini :
-aku tetap fail tulis jawi semenjak ditukar ke format baru. Kalau yang lama senang je.
-dah tahu semayang raya

Moral : Belajar agama itu mulia

Syakuragi

Friday, May 22, 2009

Aku 5 Tahun Akan Datang

" Baiklah pelajar-pelajar semua, sampai sini sahaja perbincangan kita hari ini ya "

" Terima kasih Prof " jawab mereka..

" Assalamualaikum " balas aku sebelum meninggalkan dewan utama diperkarangan Universiti Malaya.

Aku berjalan dengan tenang tanpa diiringi oleh bunyi-bunyian lagu indie. Lima belas meter dari kereta, aku tekan alarm. Kedengaran suara pelajar-pelajar perempuan menjerit dengan nada bergurau " Prof !! Bila nak kasi kitorang naik Lamborghini Murcielago prof tu !!"
Aku hanya balas dengan senyuman tawar je..Sepanjang perjalanan pulang aku pasang bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca oleh Sheikh Mishary..sedap betul suara beliau.

Tatkala sampai di rumah, gate rumah aku terus terbuka tanpa perlu aku turun kereta seluk poket keluarkan kunci. Lepas berehat ala kadar tiba-tiba aku dengar henpon berbunyi. Hanya nombor yang terpapar di skrin. Aku angkat.. " Prof, malam ni jangan lupa ya ceramah agama kat masjid wilayah "..." Insyaallah ustaz" aku jawab dengan nada yakin.

Sesampainya di perkarangan masjid, aku disambut dengan penuh riang dan gegak gempita. Sempat juga aku nasihat empat lima orang rockers di bawah garaj kereta ajak sembahyang jemaah sekali. Ada yang ikut dan ada jugak yang wat dono je. Takpelah..saya doakan supaya Allah bukakan pintu hati kamu semua suatu hari nanti. Aminn..

Setelah selesai mengerjakan solat. Majlis pun dimulakan..ceramah yang aku sampaikan mendapat sambutan yang baik dari segenap lapisan masyarakat, malah siaran televisyen swasta juga merakamkan ceramah ini untuk ditonton oleh semua rakyat Malaysia secara live di kaca tv.. tidak terkecuali juga anak-anak muda yang merakam menggunakan telefon bimbit berkamera untuk diupload kedalam youtube.

Majlis tamat lepas selesai acara kemuncak iaitu makan-makan. " Kamu ni bila nak kawen Prof ?" kata Perdana Menteri. " Haah, kalau kamu nak beritahu sahaja, beta akan tanggung semuanya"celah baginda Sultan Brunei.." Ada jodoh ada la tuanku " balas aku sambil tersenyum.

Dan keesokan harinya, aku menerima panggilan dari Kedutaan Arab Saudi di Malaysia.
" Hai, awal-awal dah kena 'tempah' jadi imam kat Masjidil Haram..papepon Alhamdulillah rezeki." Boleh jugak bawak mak ngan ayah buat haji sekali.

Tepat jam 9 pagi, aku sampai di universiti seperti biasa dengan niat mencurahkan ilmu kepada anak-anak muda.

Sambil berjalan masuk ke dalam dewan, otak aku asyik teringat ayat ayah aku tempoh hari " hujung minggu ni kita bawak rombongan meminang ke rumah ustazah tu ye "..serius je bunyinya..jadila tu kot..hehe

" Assalamualaikum Prof !! " laungan sekumpulan pelajar membantutkan angan-angan aku yang hampir menerjah masuk ke alam bukan-bukan itu tadi.

" Waalaikumussalam semua " balas aku sambil mengeluarkan sekeping laptop dan diletakkan di atas meja.

" Baiklah, kita teruskan perbincangan kita yang tertangguh semalam "


Seronok kan ??




faktaterkini : apesal tak selesai lagi main counter-strike ni !!


Syakuragi

Bila la mentaliti rakyat Malaysia nak berubah..

Penangan sang bedal



Menurut firasat dan tahap keintelektualan aku, tajuk iklan dan gambar ini memang tiada kena mengena dengan menambah nafsu membedal makanan mahupun menangani buaya ( si pembedal) di dalam sungai Rajang.. setuju ??
http://www.hmetro.com.my/


Buat la berita lain woi !!


Syakuragi

Thursday, May 21, 2009

Sebutan Popular Musim Imtihan " kan senang kalau study awal "

Kes ni berlaku hujung tahun lepas...time aku tengah khusyuk menelaah kitab...tiba-tiba ada mamat dari Syarikat Warner Bros tepon..

Warner Bros Man : Hello syakuragi, r u interested to be hero in our film?

What film ?

Warner Bros Man
: Terminator Salvation

Ahhh, you kidding right. mana ada terminator lagi dah.. 'mission' John Connor pon dah setel..hahaha

***************** talian terputus***********










Juga dikenali sebagai : T4
Terminator 4
Terminator IV
Terminator Salvation: The Future Begins

Tempoh untuk ditonton : 114 min.
Dilancarkan : May 21st 2009

Terbitan : Warner Bros. Pictures Distribution
Syarikat Produksi : Intermedia Films, Halcyon Company, Lin Pictures

Studio : Sony Pictures Entertainment, Warner Bros. Pictures

Lokasi pengambaran : Albuquerque, New Mexico, United StatesLos Angeles,
California, United States


" menyesal aku gelakkan mamat itu hari !! "


p/s : entry ini sungguh berkhilaf ngan tajuk di atas..harap maaf

Wednesday, May 20, 2009

Tag la plak

Ni 1st time orang tag aku..mengelupur gak aku nak siapkan
p/s: wei Lina, jangan kasi tag dalam english la..susah nak paham wei !!

Layan je la tag ni :

4 jobs I have had in my life:


1) Bekerja sambilan di kedai makan ( warung Kak Ngah a.k.a tempat fly )
2) Mengajar bebudak baru nak up..sekolah kebangsaan sg.jernih, sekolah kebangsaan dato' abdullah, sekolah kebangsaan tebong, sekolah kebangsaan keru..4 sekolah ni wei !! dah layak dapat guru cemerlang patutnye..
3 ) Mr. Cleaner ( pencuci pinggan ) di Mesir under Pak Asan..gaji LE 30 sehari..kire okey ah kan
4) Abang Renjer Gunung Sinai..job yang paling happening dan hepi ( dikelilingi makwe-makwe..haha)


4 movies/tv series I could watch over and over:
1) Kabhi Kushi Kabhi Gham ( terpaksa mengaku walaupun berat hati )
2) Jalan-jalan Carik Makan.. serius aku minat rancangan ni..menambah ilmu tentang makanan.
3) U r Fired !! entah apela name rancangan pakcik donald trumph tu.
4) Errrmmm..ceramah agama aku layan gak..kalau tak macam mane nak jadi ustaz.


4 places I’ve lived in:
1) Port Dickson- tiada rekod yang jelas
2) Gemencheh - memang jiwa aku kat sini..
3) Hayyu Sabiek - rumah negeri sembilan kaherah, mesir
4) Imarat Shurtoh -rumah sewaan milik arab.dekat je ngan kem polis.


4 places I’ve been to:
Aku tak berape paham la soalan nie..tak nak jawab !!


4 main sources of emails:
1) Email aku syakuragi@gmail.com.
2) Friendster..dah lama tak tengok la..
3) Facebook ? tunggu nana buatkan..aku tak tau
4) Tiada yang ke -4


4 of my favourite food:
soalan feveret..yess!!
1) Nasik Dagang masakan ibu aku sendiri.
2) Ikan Pari / Keli masak asam pedas ciptaan mak lang Piah.
3) Ayam Goreng siapa sahaja.
4) Pizza ( sume jenis yang sedemikian )


4 places I would rather be right now:

1) Gemencheh satu-satunya tempat yang aku nak lepak sekarang ..
maka tiadalah lain tempatnye itu..


4 people to tag:
Malas nak tag orang..kang kene sumpah sesia je..

Tuesday, May 19, 2009

Post Tiada Motif #Gajetku


Handphone ni aku start pakai bulan 8 taun lepas..masa tu kalau jalan bawak menatang ni depan makwe terus nak ngaku aku boyfren je.



Kingston 8gb
harga : LE 80 ( RM 50 )
keistimewaan : selalu hilang time aku nak guna





perhatian : awek tu takde kene mengena dengan gadjet
( "kan dah cakap jgn duk situ tadi.."aku)
("sori la bang..hehe"- beliau)



"Ini jam kalau tak ori, gua berani kerat jari ah"

(dikira gadjet ke ni?)
tak kire..aku memang suka minum nescafe !!




pesananringkas : post pertama aku pakai pc sendiri.


bangga dapat upload gambar,
Syakuragi

Friday, May 15, 2009

Fly

2004 - MANS, Gemencheh
1.15 pagi

" Fam, ko tak rase boring ke malam ni ? Pegi 'fly' jom , ajak aku.

Zaman aku sekolah dulu, kalimah 'fly' ni memang sinonim dengan aktiviti pelajar asrama panjat pagar skolah pada waktu malam lepak2 kt kedai makan luar yg sememangnye antara kesalahan disiplin yg hot dan sekaligus menyebabkan cecikgu di sekolah jadi hot kalau dapat tau.

Tapi, bagi aku dan memember darkers (dark + rockers) yg len, aktiviti sebegini memang fun sebab sepanjang perjalanan sebelum untuk sampai ke kedai makan tersebut, kitorang dapat mempraktikan pelbagai
taktik 'combat' yg real..

antaranya beruniform gelap, mengelak sinar cahaya,merangkak dalam semak, merengkuh pagar,berguling di bukit, sembunyi dalam longkang ketika kecemasan, menyamar jd brother2 kampung dan sebagainya hanya untuk memuaskan nafsu lepak style brother2 yg membuak time tu. walaupun ianya meletihkan tp kami tetap seronok (ending karangan skolah rendah)..

.." malas ah, lagipun line tak bape clear skrg ni..silap2 leh kantoi kite nanti ",jawab Fam dengan nada acuh tak acuh je.

Letih gak lah nk pujuk mamat sorang ni tapi akhirnya Fam mengalah bila aku sebut " takpe ah, ko follow je nanti aku 'payung' (belanja) "..

Fam mengangguk tanda setuju diselangi ketawa2 kecil sekaligus menampakkan sifat suka makan free beliau..huh

On the way nak turun tangga asrama, kitorang terdengar suara Pak Asan yg sedang mengalunkan ayat2 suci Al-Quran dengan tune suara tenggelam timbul.

" pe kate ko ajak Pak Asan skali ",cadang aku.

Pendek cerite, lepas puas dipujuk oleh Fam, Pak Asan pun akur dengan alasan boleh gak hilangkan tensyen ngapal tak masuk2 yg beliau alami.

Kami berjalan tenang tanpa sebarang masalah (dikejar jaga/warden) walaupun sekali sekala mengelupur tak tentu pasal..

"Dah lame gak kite tak fly sesame camni, dalam setengah taun gak la", kata aku memecahkan kesunyian..

" Kire come back ah ni kan",Pak Asan cube speaking..

" Yups,tp..kompem ke ustaz tak round2 luar time ni ", balas Fam tanda risau.

" Pro mcm kite ni FBI pon tak bleh kantoikan ",aku cuba tenangkan keadaan.

" ni kan plak ustaz,warden,jaga tua yg %#& ,pot pet pot pet pot pet...",Pak Asan menyampuk.

" takde sape yg dapat halang kite nye..dah bape lame plak kita dalam bidang ni ", aku makin rancak menambah.

" Ha ha ha ha ", kitorang gelak serentak seraya mendongak ke atas sebagai tanda ganas ala2 pemeras ugut..

....

....

4 tahun kemudian..

2008
Mesir

" aku nak kuar makan ni, nak follow tak? ", sambil lewa aku ajak Pak Asan pada suatu malam.

" tak mau ah " jawab beliau pantas..

" jom la..polis dah tak kejar dah "..

" Cett! ", Pak Asan mencebik tanda dendam tak sudah..

Hahaha
Syakuragi

Wednesday, May 13, 2009

Hari Paling Bahagia

Tatkala fajar mula menyinsing, kedengaran ayam (arab luar rumah menyamar jd ayam) bersahutan kokok..dan pada saat inilah aku dilanda satu perasaan penuh enigma untuk menikmati secawan Nescafe..

* Malangnye..

" Alamak!! gula dah habeh "..aku tedengar Nasri menjerit.
Aku hanya mengeluh dari jauh sebab kecewa tak dapat minum Nescafe..

Disebabkan kecewa yg amat sangat, aku terus lelapkan mata...

Zzz...
Zz ..

Dan dalam tidur tersebut, aku didatangi seorang bidadari yg kecantikannya melebihi cikgu Linda AF..beliau berkata " sabarlah wahai si kacak..malangmu akan dibalas kesenangan kelak "...

Belum pun sempat aku nk ngayat ajak kuar tengok wayang, beliau terus hilang ditelan kabus tebal yg putih dan bersinar..

Sesudah sedar (tengahari) dari tido, fikiran aku tetap teringatkan kata-kata bidadari tadi. " Apakah maksud beliau? ", "Adakah aku akan dingorat oleh makwe-makwe? "..ahh..biar je la.

Aku terus ke dapur untuk mendapatkan segelas air. Sesampainya di dapur, aku dikejutkan dengan kehadiran bekas biru yg sarat dengan gula..menandakan hajat aku untuk menikmati Nescafe bakal tercapai..Alhamdulillah

Secara tiba-tiba, jantung aku berdegup deras. Aku cuba tolehkan kepala ke sebelah kiri..dan saat itu, tanpa disedari air mata aku mula mengalir dan membasahi pipi..alangkah syahdunya..bagaikan mahu menjerit keriangan..

Benarkah ini?..kelihatan tersergam indah semangkuk sambal ikan bilis, seperiuk nasik berperisa santan juga hirisan penuh seni telur rebus dan timun menandakan ianya tidak lain dan tidak bukan...

Nasik Lemak sambal ikan bilis !!

Faktamenarik :
Aku dan Pak Asan makan sambil tergelak-gelas menandakan hati puas..

Terus tak ingat muka bidadari..

Puas Hati,
Syakuragi

Tuesday, May 12, 2009

Persilatan Garuda Jingga

Malaysia - Masa tu aku tengah lepak-lepak minum kt sebuah restoren sambil ditemani beberapa orang member lame. Tengah syok mengutuk antara satu sama lain,tetibe kitorang dengar suara orang bertempik. " Kalau lu brani, dtg cnila!! ",jerit sorang remaja. Aku rase dia bdk sekolah lg kot..gaye pn mcm budak nak kuar umah malam kene mintak izin mak. "Biar je la pit,bebudak gaduh sbb awek ah tu ",jelas Jat.

Tak sampai 10 minit kemudian,muncul lima bijik motor dan dua buah kete. Aku tengok bdk yg bertempik mcm hero tamil tadi dh pucat. Bebelas orang datang (walaupun tak tough) jerit name bdk td.." Haa! Mane die yg terer sgt td?",teriak salah seorang. "Tu dia bang!",kata sorang lg (aku bajet die ni seteru kpd bdk tempik tu)..bese ah bdk-bdk,rase nak gaduh ajak abang, abang ajak member..huh!

Melihatkan keadaan semakin genting, aku bersuara " Wei, nak gaduh pegi ah tempat lain, orang datang nak lepak ni ",dengan rilek aku sound. " Lu jgn sebok !! ",balas seseorang sambil mula menghayun parang kat tengkuk aku. Ibarat ikan meliuk di air aku elak serangan beliau, lantas aku bagi sepakan putar yg padu tepat di dada. Beliau terus tergolek diiringi dengan lelehan darah pekat dari mulut.

Teringat akan pesanan Wak Paiman (sifu aku), " Musuh jangan dielak, kawan jangan ditolak ".. Gunalah ia (jurus garuda jingga) jika kau dalam kesusahan..

*Tamat flashback...

Dan kali ni, rombongan pemukul terus mengalihkan perhatian kat aku.Aku dihujani pelbagai teknik serangan..ade yg sepak,ade yg tikam,ade yg hayun..Sambil menekapkan tangan di mulut sebagai tanda mengantuk, aku tepis semua serangan tu sepantas kilat. " Tu je? ",tanya aku.." Kalau takde, now my turn " seraya membuka langkah penuh mistik.

Aku bermula dengan tusukan dua jari ke arah mata mereka dan melutut kepala masing-masing tanpa belas kasihan..tidak lupa juga sepakan kilas ke arah muka dan tumbukan padu yg bisa menjahanamkan seri wajah seseorang. Setiap gerakan ini aku sertakan dengan gelak tawa yg mengilai-ngilai dan cukup menakutkan.

Maka, bertempiaranlah rombongan pemukul tersebut akibat tidak mampu lagi berdepan dengan aku. Tiba-tiba, bdk yg sepatutnya 'dilauk' oleh mereka tadi datang dan thanks kat aku. Aku tanya " Ape kes? ".. Die jawab " saye ejek die dlm kelas pastu...Pang!! Aku rembat kepale budak tu sebelum sempat beliau meneruskan hujah penggulungan.

Buang mase aku je layan..citer dalam kelas tp gaduh mcm tertikam awek.. " Kan aku dah ckp jangan campur,ko degil ",celah Jat. Pasni, tobat aku tak amek port orang gaduh dah.

Dan malam itu jugakla, aku dihukum berendam dalam sungai yg dipenuhi buaya oleh tok guru aku ( Wak Paiman ) sebab tidak hadir (ponteng) ke kelas mengaji beliau..

Fakta : Wak Paiman bukan orang Jawa dan tidak dilahirkan di Indonesia..sekian


Pesilat Garuda Jingga,
Syakuragi

Dugaan bulan 5..

Dugaan 1 - Exam dah dekat tp tak ready..
Bile aku selak je kitab,ternyata ianya masih ade aroma kedai.ape sudah jadi?

Dugaan 2 - Internet tak setel lagi..
Bab ni aku memang bengang. Baru je berangan nak tulis blog kat pc. Dah sebulan ni weh !!Memang nak kene santau arab internet ni.

Dugaan 3- Peralatan elektronik nazak
Tengah syok layan Red Alert (versi kuno je),secara misteri pc aku terpadam..aku on balik, tup tup..henset plak padam.kamera pon tak leh pakai dah,sound hilang..mengapakah?misteri nusantara?

Dugaan 4- Nafsu melantak ditahap darurat..
Jadual pemakanan aku bulan ni..Pagi makan megi,tengahari mkn nasik,petang sket mkn beger,petang banyak nasi semula,senja jajan-jajan,malam makanan barat,tengah malam aneka hidangan berat.

Darurat 5 - Bilik dilanda taufan
Disebabkan itu, bantal di lantai, buku di tilam, meja di dinding,perkakas di kaki, selimut di tingkap, jadual di bawah karpet, otak di lutut?

Kesimpulannya..bulan ni aku memang serabut..

* Terkini - Tengah carik dealer jual sneper..nak shoot kepale arab kt luar rumah..sesuke ati je pasang lagu funfair kol 3 4 pagi..siap ko !!

Syakuragi

Sunday, May 10, 2009

Yuna, Estrella, Boneca

Beberapa hari yang lalu memember aku ada introduce beberapa band indie. " Lagu diorang memang aura semacam pit ", kata Nick.
" Layan gerenti tak bosan ", Syeh sambung plak. " Sodap bai ", celah Beradung..

Disebabkan kesungguhan diorang tu, aku nekad nak kasi can indie style ni berkumandang kat bilik aku satu kali.

Aku start dengar lagu dari Yuna (Dan sebenarnya, After Midnight) diikuti band Boneka (Cela, Apa Lagi, Tunjukan Aku) pastu Estrella (...tajuk lagu tak ingat)..

Pendapat aku, ermm..okey gak la sekali sekala layan muzik indie ni sebab lagu diorang ni simple dan rilek (tiada unsur ajak hirup darah kambing ataupun ritual bukan-bukan).

Oleh sebab itu,aku kasi tabik respek satu kali sama indie band (kecuali Hujan)..hehe

Peristiwa mistik : Pak Asan turut mendendangkan lagu indie time aku masak siang tadi...

Indie layak geng Rock,
Syakuragi