Sunday, January 23, 2011

Pari Pari

Menurut tafsiran pengkaji alam mistik " Pari pari adalah sejenis makhluk halus mengikut kepercayaan orang Melayu. Sering digambarkan dalam bentuk wanita cantik yang memiliki kuasa ghaib "

Okeh,

Pemahaman aku pula begini " Pari pari adalah sejenis golongan makwe cun/hot/comel/garing. Mereka biasanya akan muncul pada waktu yang tidak dijangka. "


**********

Kemendungan langit pada hari itu berganda. Burung burung yang berterbangan di angkasa banyak yang gugur ke bumi kerana gagal mengelak pertembungan di awan gelap. Hujan juga sudah test test power sejak pagi.

Aku yang sedang termenung di celahan jendela bas sardin, sekali sekala menguap kepenatan. Suasana hiruk pikuk puluhan ribu penumpang lain semakin reda. Ada yang penat, ada yang turun di destinasi masing masing. Bas sardin yang tadinya sesak kian lengang.

Disebabkan jarak perjalanan ke rumah aku masih jauh, aku ambil keputusan untuk melelapkan mata. Selang beberapa dengkur, bas sardin berhenti mengejut di tengah jalan. Apakah haramjadahnya bas sardin ini berhenti.

Rupanya....



pari pari idaman jejaka 

Puluhan pari pari terbang dalam kumpulan lalu hinggap di dalam bas sardin. Keadaan bertukar menjadi tegang. Brader brader lain ada yang betulkan jambul, sentengkan lengan baju, tarik nafas, sepetkan mata dan pelbagai aksi memikat.

Aku ?

Tetap menguap kebosanan. Bagi aku the real pari pari bukannya stailo, pandai mencarut, baju warna warni sendat atau profile picture tangkap gambar dari dahi. Daripada layan pari pari palsu, baik aku lelap layan khayal sorang sorang.


Contoh the real pari pari















" Cita cita mesti mau tinggi ye tak? "


Syakuragi,

Sunday, January 16, 2011

Ke Kelas

Sepanjang aku pergi ke kuliah untuk jawab periksa di sini, ada dua jenis pengangkutan sahaja yang aku pernah naik. Teksi meter laju dan bas sardin.

Teksi meter laju : Harga tambang dari rumah aku ke kuliah LE 15. Ada kaler hitam dan putih. Yang putih cantik, yang hitam cantik tapi hiasan dalaman macam disko. Tambang kadang kadang kurang, kadang kadang lebih. Ikut kelajuan meter yang dah disetting. Orang jahat setting meter laju. Orang baik setting meter slow. Senang betul nak kenal.

Bas sardin : Harga tambang dari rumah ke kuliah LE 0.50. Harga tak boleh ubah. Ada dua kaler. Merah dan hijau pisang. Dulu ada juga warna putih. Yang warna putih ni kena bakar barangkali sebab kebiasaannya lantai didalamnya koyak dan berlubang. Nyaris juga seorang makcik terbolos sampai kebawah dulu. Boleh tampung lima belas ribu orang atau lebih selagi muat dalam satu masa.

Aku suka naik yang mana?

Jawapannya..bas sardin kerana tambangnya murah. Biasalah sesak sesak sampai ratus ribu dalam bas. Aku bukannya anak tokey kasino nak selalu naik teksi. Paling penting, bukan semua penumpangnya lelaki, ada rezeki lebih makwe makwe melayu pon naik. Boleh main balas balas senyum. Manalah tau tersangkut sorang. Nampak kelebihan tu? Nampak ? 

Contohnya anak orang kaya bawak kereta mewah jemput makwe pergi kolej atau universiti. Kos minyak dah berapa? Kos belanja makan lagi, beli belah benda mahal mahal, belum campur kalau kereta terhentam lampu jalan. Berapa juta pula nak repair?

Bandingkan dengan aku ke kuliah, makwe tak payah jemput. Kompem makwe makwe (banyak) naik bas. Kos minyak takde. Kos belanja makan takde, tak payah belanja makan, bas hentam lampu jalan aku tak payah tanggung. Bayar tambang sahaja.

Jangan berlagak sangat dengan harta yang kamu semua ada.


" bilalah duit zakat nak sampai...haihhhh "


Syakuragi,

Sunday, January 9, 2011

Royel Rambel

Sebelum hari hari yang bakal mendatang aku jadi makin sibuk dan malas, elok rasanya aku menaip sebaris dua disini. Maklum sajalah, sekarang ni musim sejuk. Beruang salji pon pandai simpan energi tak keluar merayau.

Namun bagi pelajar pelajar yang ada disini, nak tak nak kena tolak perangai beruang salji yang suka memerap dan tak aktif tersebut. Rata ratanya akan menghadapi peperiksaan versi musim sejuk. Kalau berjuang dalam bidang  ilmu tu mudah, baik tak payah buat sekolah, cetak buku banyak banyak ye tak? Baik tidur serap ilmu celah bantal.

Aku juga tak terlepas dari mengadap peperiksaan kali ni. Ikut hati nak je berselubung dua tiga bulan sampai musim panas. Setel musim sejuk, baru keluar dari dalam selimut. Tengok apa macam jadi lepas tu. Ada bentuk manusia lagi ke tak.

Tapi orang tua tua ada cakap, jangan selalu folo gerak hati. Kadang kadang betul, kadang kadang bawak binasa. Itu pasal makin banyak orang sekarang buat kerja bukan bukan. Asal putus cinta bantai terjun bangunan, tensyen dengan masalah tikam orang. Budak yang baru terlepas keluar rumah ikut geng samseng, terlanjur dengan makwe, nasihat sikit melantun mengalahkan dah lama hidup. Silap melantun, awal jumpa malaikat dalam kubur. Semua tu sebab terlampau ikut gerak hati yang dalam diam dah kena hembus dek setan. Helo manusia, tak salah folo lu punya hati, tapi mesti ada landas. Lu tau apa landas mau pakai? Kalau lu pikir boleh pakai landas potong bawang, lu bangang. Dah tentu la landasan syariat Islam yang dah ratus ratus tahun manusia dulu pakai. Faham?

Okeh, berbalik pada cerita peperiksaan tadi. Musim sejuk merupakan peperiksaan siri pertama disini. Subjek yang kena jawab juga tak berapa banyak nak banding siri kedua akan datang iaitu versi musim panas. Siri pertama musim sejuk, siri kedua musim panas. Kan nampak harmoni tu.

Jadi, peperiksaan siri pertama aku menawarkan lima subjek untuk aku jawab. Bunyinya macam sikit. Tapi jangan pandai pandai ada yang cakap " alah, lima je pon, kacang je tu ". Ada aku dengar sebut ayat macam ni, mari sini aku gulung gulung semua kitab lima subjek tu hayun ke kepala. Boleh nilai apa macam dia punya darah menyembur. " alaa, lima subjek punya kitab je "..

Sebagai penutup, aku sertakan bonus gambar jadual peperiksaan kali ini.



رَبِّ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْلِيْ أَمْرِيْ 
“ Ya Allah, Lapangkanlah dada(jiwaku) dan permudahkanlah urusanku.”

...Amin

,Syakuragi

Saturday, January 1, 2011