Sunday, May 8, 2011

Kisah Silam Gua Selaku Teddi

Pasti ramai yang tertanya tanya dari manakah asalnya gua iaitu Teddi Si Beruang. Dan gua pasti tidak ketinggalan juga yang sangsi dan curiga akan kehadiran gua.

Jangan takut..

Sebelum gua memperkenalkan diri, eloklah kiranya gua menceritakan terlebih dahulu asal usul gua. Ceritanya begini, sebelum gua diambil oleh Syakuragi sebagai teman dan hamba abdi, gua adalah seekor putera raja di sebuah savana di Afrika. Kehidupan gua serba serbi mewah. Nak makan buah, monyet petik. Nak air tebu, gajah tolong perah. Nak makan daging fresh, singa ada. Nak ikan, buaya gua suruh menyelam.

Hinggalah pada suatu hari, kawasan savana jajahan gua dicerobohi oleh sekumpulan 'mat black'. Diorang datang siap bawak senapang, pistol dan bermacam alatan memburu. Rakyat rakyat gua apa lagi, mulalah mengelabah. Ada yang sempat menyorok bawah tanah dan ada juga yang terus kena 'shoot' ke kepala. Antara babak yang paling gua sedih bila tengok brader badak air kena tembak ramai ramai dalam air semasa sedang berenang. Terapung je mayat brader badak air.

Geng abang singa pon tak dapat buat apa. Belum sempat mengaum tunjuk garang, pisau rambo dah tercacak ke leher. Anak anak singa gua tengok meraung raung kena jaring dan disumbat ke dalam jip.Gua terus toleh kebelakang sebab tak sanggup tengok kekejaman yang menimpa rakyat savana gua.

Tiba tiba gua dengar kocakan air dekat kawasan tasik. Gua perhati dari jauh. Famili anakonda pula jadi sasaran penceroboh. Setahu gua, manusia takut anakonda pasal saiz diorang yang sangat gedabak. Tapi gua hairan bila tengok mat mat black ni tadi, selamba je cincang satu famili anakonda. Terbeliak mata masing masing bila badan putus. Tak cukup kena cincang, ada pula sorang mat black ni, siap hiris halus halus. Gua dengar diorang kata senang nak simpan dalam beg.

Memandangkan kerajaan savana gua semakin huru hara, gua ambil keputusan untuk larikan diri. Selaku king of savana, gua tak boleh mati. Kerana gua pasti akan kembali untuk tuntut bela suatu hari nanti. " fewwitt!!", gua seru garuda yang tengah bertenggek atas gunung berapi datang jemput.

Akhirnya, gua sekadar merenung dari udara kawasan kerajaan gua yang sedang bergolak dan dipenuhi darah dengan lelehan air mata membasahi belakang tengkuk garuda...


bersambung.....







Teddi Si Beruang ex-king of savana,

Thursday, May 5, 2011

Salam Perkenalan

Hey !

Mulai hari ini, bidang kuasa menulis dan mengarang didalam blog ini akan dikendalikan oleh gua a.k.a Teddi Si Beruang. Ini adalah kerana pemilik asal blog ini iaitu Syakuragi sangatlah sibuk dan pemalas buat masa sekarang. Kerja beliau hanya makan dan tido serta berchating. Bersukan langsung takde. Nak je gua naik tangan tengok perangai macam tu.

Disebabkan gua yang akan hendel blog ini, maka gaya penulisannya juga mungkin akan gua gubah mengikut selera gua. Bukan perangai gua la kan nak tiru tiru stail orang menulis blog.

Gua pon tak boleh nak bersembang panjang ni pasal ada mesyuarat. Itu jela kali ini. Babai!



wassap wassap yo!

Syakuragi, Teddi Si Beruang,