Tuesday, June 30, 2009

Mega Construction

Setelah mengadakan beberapa siri lawatan dan perbincangan dengan beberapa negara negara maju, Syakuragi al-hensemi seorang jutawan minyak di Kuwait bersetuju untuk melaksanakan sebuah projek mega tahunan di Kaherah yang menelan kos perbelanjaan kira kira RM****.**.

Projek ini juga akan diselenggara oleh syarikat cattepijalan oleh kerana pihak mereka berjaya menawarkan harga yang dikira berpatutan.

Menurut wakil syarikat cattepijalan Mr.Misai Tebal " saya akan memastikan projek ini akan selesai dalam masa dua hari "

Tambahan beliau, sekiranya kos pembinaan dikurangkan maka, beliau khuatir projek ini pasti akan mengalami masalah yang lebih besar dimana pembinaan ulangan mungkin diperlukan.

Selesai mendapatkan kata putus dari Pak Asan selaku rakan kongsi, mereka menandatangani kontrak bagi mengelakkan penipuan terang terangan oleh Mr.Misai Tebal.

Ketika ditanya oleh beberapa wartawan tempatan, Syakuragi menyatakan memang keinginan beliau untuk melaksanakan projek mega ini sejak 2 tahun yang lepas. Selain itu juga, pihak syarikat Syakuragi & Pak Asan akan mengadakan beberapa sidang akhbar bagi menjelaskan spekulasi mengatakan syarikat itu khabarnya telah membeli beberapa syarikat besar dunia termasuk syarikat milik Donald Trumph dengan bayaran secara tunai.

" Kami bercadang untuk membeli seluruh negara Eropah termasuk Amerika Latin bagi tujuan pertanian ," - Pak Asan

Sumber - Reuters

Monday, June 29, 2009

isu pulang ke Malaysia

esok petang ramai memember akan balik Malaysia...

rase macam nak balik pon ade dah ni..

keputusan setakat ni :

a) lepak layan citer masak lomak cili api
b) jejalan sekitar Mesir ngan Pak Asan
c) order tiket senyap senyap
d) lepakss ngan gengkapak tengok cite ceploss ( cito hantu bangang)

ini poster 'ceplos' (si hantu bengong)

kesimpulannya, memang akan bosan cuti kali ni..nak update pon malas..yang rajin hanya melantak dan tido..

bosan dan takde idea,
Syakuragi

Sunday, June 21, 2009

Agak Agak La

Memiliki tubuh badan yang agak besar berbanding rakan rakan lain memang satu kelebihan. Selain dari mampu mem'back up' rakan dari dipau atau dilempang dek samseng, kita juga mampu meringankan beban yang diangkut oleh orang yang lebih kecil. (dah macam gajah pulak dah)

Tapi benarkah memiliki tubuh badan yang besar satu kelebihan ?

Bagi aku tidak..

Ianya bukanlah satu ketidak syukuran tapi, aku sendiri pernah menjadi mangsa sikap prejudis masyarakat terhadap orang yang bertubuh besar.

Sebagai peringatan, kadar ketinggian aku mula meningkat seawal usia 9 tahun. Akibat peningkatan yang mendadak, banyak seluar panjang aku menjelma jadi seluar pendek dan seluar pendek pula seakan akan seluar dalam. Disebabkan susuk tubuh badan yang agak besar juga, masyarakat sering mengutarakan soalan soalan bengong pada aku..

" Eh, amek SPM kan tahun ni ? "

" Bila nak nikah ? "

" Orang rumah kamu mana ? "

Agak agak la wei, aku baru sekolah rendah masa tu. Itu hanya pertanyaan dari masyarakat sekeliling. Persepsi masyarakat luar dan soalan tahap tenuk yang diajukan.

" Makcik, tiket untuk kanak kanak satu " - darjah 5 nak beli tiket bas transnasional

" Mana adik kamu ? " soalan bengong dari makcik tiket.

" Saya la makcik, mana ada adik adik "

" Kamu mana boleh beli tiket kanak kanak !! perasan !! dah besar pon tak reti nak beli tiket ke?"

Kalau ada tombak memang aku tikam jantung makcik tu. Tapi nak salahkan dia pon tak boleh jugak. Mungkin makcik tiket hanya memiliki kadar iq sebanyak 0.2 untuk membezakan umur seorang kanak kanak dan orang dewasa masa tu.

Kebebasan untuk meloncat loncat di taman permainan juga terpaksa aku tinggalkan lebih awal dari kanak kanak normal yang lain. Gud bai gelongsor, jongkang jongkit, boyan, pembetong kaler kaler.

Masa nak main bot mainan kat pusat hiburan dalam pasaraya.

" Maaf ye..permainan ini hanya untuk 12 tahun ke bawah "

" Aku baru 10 tahun la tenuk !! "


Memiliki tubuh badan yang besar memang banyak kelebihan kan ?


Syakuragi

Thursday, June 18, 2009

Sukan Bola Sepak

mamat ni namanya Zidan dan beliau lagi handal dari Amri Yahya


Malam tadi sekali lagi pasukan kebangsaan Mesir berjaya menunjukkan aksi menakjubkan dengan menewaskan Itali ( 1-0 ) dalam piala kofederasi. Aku, Pak Asan dan dua Apat agak teruja dengan persembahan dari pasukan Mesir. Dengan teknik gelecek pantas, passing tepat, back tak ngelabah. Memang cun gila babeng ah. Selepas tamat perlawanan kitorang bersorak dengan riang bersama jiran jiran arab " mabruk ya misr !! ". Terdetik seketika dalam fikiran aku yang aku sokong tadi bukan negara aku. Baik aku sokong pasukan Malaysia je.

"Mungkin mereka ( pasukan kebangsaan Malaysia ) dah maju sekarang ni ", aku cuba sedapkan hati.

" Berilah peluang kami menunjukkan aksi kami yang sebenar ", pemain Malaysia.



Kalau macam ni la gaya tangkap bola yang Malaysia boleh buat, jangan harap aku nak sokong !!


Syakuragi

Sunday, June 14, 2009

Ke Restoren Pojok : Part 2 ( versi gambar )

Signboard Pojok yang simple simple

Nasri, Bro, Ejan buat buat borak tahan lapar

Wira : Pit !! awek indon
Aku : tengah usha la ni
Pak Asan : errrmmm ( mata meliar gak )
Apat : Astaghfirullahal azim

Air sampai sudah


Kehadiran 'spesel kick' nasik ayam bakar dan bakso spesel


Wira melantak dulu

Tak sempat ustaz pojok hantar bil dah jadi macam ni


Keseluruhannya memang pojok cemerlang malam tadi. Ingat nak suruh Jalan Jalan Carik Makan pegi sini la nanti.

Fakta: makan nasik ayam bakar + bakso spesel + lemon dingin = LE 16..
pojok = cepat, cekap, sedap, murah, bleh tengok awek indon


Syakuragi

Friday, June 12, 2009

Sekularisma

Entry berbentuk ideologi falsafah..

Makna perkataan 'sekular'

Suatu gerakan kemasyarakatan yang bertujuan untuk mengubah perspektif manusia dari mementingkan urusan ukhrawi kepada urusan duniawi. ' aspek kefahaman orang Britain '

Duniawi, kebendaan, tidak terikat dengan agama dan kerohanian - kamus Oxford

Tidak mengharapkan agama sebagai asas landasan akhlak dan tarbiah ( didikan) - kamus Oxford

Ni pandangan orang barat ( orientalis ). Orang Islam jangan follow ideologi diorang ni. Mengarut!


p/s : perrgghhhh..


Syakuragi

Wednesday, June 10, 2009

Ke Restoren Pojok

Malam tadi aku, wira, pak asan, apat, nasri dan bang man sempat melakukan tinjauan(sambil makan) ke sebuah restoren milik mahasiswa indonesia. Secara keseluruhannya kami puas hati dan rasa nak datang lagi. Antara spesel 'kick' yang kitorang makan ialah nasik ayam bakar dan bakso spesel.

nasi ayam bakar = nasik putih + ayam bakar ( percik) + kuah kacang + timun
bakso spesel = mee + sup + bebola daging besar penumbuk baby + kueh rangup

" airnya mas ? "

Air yang spesel plak digelar 'es pop' (ice blended). Macam macam es pop ada. es pop melon, durian, lagi satu pebende ntah ( bau macam pencuci muka ).




Alamat : Susah nak cakap sebab restoren ni dalam rumah. Kalau nak pergi jugak aku bleh bawakkan..


Makasi ya,
Syakuragi

Monday, June 8, 2009

N9 Family Day


Hari keluarga pelajar Negeri Sembilan Mesir akan diadakan pada 22 - 25 Jun 2009. Banyak aktiviti menarik bakal disediakan oleh pihak penganjur. Kepada sesiapa yang berkesempatan datanglah, kalau takde kesempatan tak payah datang. juga diingatkan kepada semua hari keluarga ini tidak menyediakan joget joget lambak mahupun gelak gelak dengan awek. Insyaallah berlandaskan syariah islamiah.


Tak pasal pasal aku kene promo kan iklan hari keluarga pulak. Kalau tak kasi upah 2 3 ribu lepasni memang aku choke slam penganjur.

Tukang Promote,
Syakuragi

Adab dan Balaghah

Apa itu Adab ?
Sudah pasti ianya takde kena mengena dengan cerita beradab dengan orang tua tua mahupun tindakan biadab terhadap member.

Adab ialah satu cabang ilmu bahasa arab yang berkaitan dengan kesenian dan kesusasteraan arab contohnya syair, puisi, pujangga.

Balaghah pulak?
Juga cabang ilmu dalam bahasa arab yang membawa maksud kiasan ataupun perumpamaan. Balaghah juga amat penting bagi seseorang untuk memahami maksud dan juga makna tersirat yang terdapat di dalam bahasa arab contohnya memahami
i'jaz al-quran (makna yang tersembunyi).

Ini hanya penerangan secara am. Jika korang mahukan maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk orang lain bukan dengan aku.

Faktaterkini : bersyair arab kat tingkap memalam nak kasi 'feel'.

bukanlah saya orang selayaknya, umpama unggas berkelana di rimba,
Syakuragi

Friday, June 5, 2009

Siri Bercakap Dengan Pakcik Obama


"America and Islam are not exclusive, and need not be in competition. Instead, they overlap, and share common principles of justice and progress, tolerance and the dignity of all human beings." - Obama


Aku : Hai Mr. Obama

Obama : Hai Syakuragi

Aku : Before we start our conversation today..

Obama : chup chup.. cakap melayu je la.. english ko pon bukan best sangat..haha

Aku : Cess..kerek gila ko ni

Obama : Haha ( gelak tak sudah sudah )

* aku bagi elbow drop satu kali kat tengkuk beliau..wachaa

Obama : Adehh !


* Pakcik Obama datang Mesir. Aku lepak kat rumah je layan dia berucap kat tv. Itupun pak arab translate dalam bahasa arab. Kesudahan suara Obama dengan pak arab jadi bertindih. Buat sakit hati je dengar..

p/s : apsal Obama datang jalan mesti banyak kena tutup ? sesak la wei


Syakuragi

Tuesday, June 2, 2009

Kipas Angin

Nama saya Kipas Angin. Saya mempunyai tubuh badan yang solid dan menarik. Bilah dan punat dibadan saya up to date. Kemampuan saya untuk menyamankan udara sekeliling juga tidak dapat dipertikaikan lagi. Pada suatu hari saya diambil oleh seorang budak bernama Syafiq. Beliau amat menyayangi saya. Saya diletakkan di atas meja yang cantik dan kemas. Kemana sahaja beliau pergi beliau tidak bawak saya. Apalah jadahnya nak bawak saya berjalan jalan. Beliau tidaklah sesewel itu untuk membawa saya berjalan merata rata. Tapi itu semuanya sudah berlalu. Kini Syafiq tidak perlukan saya lagi. Sudah buruk katanya dan kadar kenyamanan udara macam budak kecik hembus pakai mulut.


puas saya carik gambar saya tapi tak jumpa..akhirnya saya searh kat internet dan jumpa gambar ni


" Aku ingat lepas ni nak pasang ekon la..apa barang pakai kipas kipas ! hahaha " - Syafiq


Saya sebuah kipas angin..

Monday, June 1, 2009

Catur

Suasana di kantin sekolah petang tu agak ganjil. Puluhan kanak kanak sekolah berkerumun jerit jerit macam tengah tengok konsert XPDC kat funfair tempoh hari. Hati aku rasa pelik. Selalunya waktu ko-ko semua pelajar kena buat aktiviti ikut kelab masing-masing. Samada melukis gambar binatang, menyanyi ikut cikgu ataupun mengutip sampah sekitar sekolah. Disebabkan syak aku makin kuat, aku terus berlari menuju ke arah kantin. Sesampainya di sana, sekali lagi aku di 'prank' sebab yang jadi haruk bukan pasal ada orang battle shuffle tapi sekadar memberi sokongan kawan kawan tengah main catur. Permainan catur bagi aku tidaklah memerlukan jerit jerit ejek ejek pihak lawan.

" Setakat main catur..pejam mata pon boleh menang " kata aku sebelum meninggalkan perkarangan kantin.

Semua sidang hadirin senyap....

" Kalau betul kamu handal, buktikan ! ", jerit Cikgu Ipin dari celahan pelajar.

Hati aku mula jadi berdebar. Asalnya aku nak sebut dalam hati je tadi. Entah macam mana boleh terzahir pulak kat bibir. Tahap pengetahuan aku dalam catur ni pon asas asas je. Setakat nak gerak kan kuda stail 'L' tu tau la jugak. Takkan aku nak buat buat sawan petang petang macam ni. Aku melangkah lemah ke meja Cikgu Ipin. Budak budak lain semua pandang pelik sebab yang berhadapan dengan aku masa tu ialah Cikgu Ipin sendiri.

" Mana boleh saya lawan dengan cikgu, kalahla saya macam ni " aku cuba protes.

" Jangan risau.. Firdaus mari sini !! " jerit Cikgu Ipin yang susuk tubuh badannya lebih besar dari tiga orang budak tingkatan 2 tapi tetap gigih menunggang kereta kancil merah beliau untuk ke sekolah.

Maka muncullah Firdaus yang bakal menentang aku dalam sayembara catur pada petang tu. Tak silap aku, Firdaus adalah wakil catur dan pencatur yang disegani di sekolah waktu tu.
Aku cuba merenung tajam ke arah mata Firdaus dengan harapan semangatnya akan luluh sebelum permainan dimulakan. Firdaus buat buat tak nampak dan terus menggerakkan buah catur ke bahagian depan. Buah catur aku turut digerakkan untuk mengelak asakan beliau. Perlawanan semakin sengit. Satu demi satu buah catur aku dirampas. Entah macam mana tiba tiba Firdaus terkedu dan tunduk ke meja. Strategi hentam kromo aku berjaya men'cekmet'kan beliau.

" Wahh, bagus kamu ni. Saya daftarkan kamu wakil sekolah untuk pertandingan minggu depan ya " bersungguh sungguh Cikgu Ipin pujuk aku.

" Hmm tengoklah " balas aku seolah olah jual mahal.

Dan selepas peristiwa kekalahan Firdaus, nama aku makin popular dikalangan pencatur amatur sekolah. Aku diberi gelaran 2nd king of Chess. Kenapa aku 2nd ? Sudah pastinya hero macam aku tak suka menunjuk nunjuk. Seramai lima orang wakil termasuk aku akan mengambil bahagian.( main secara berkumpulan )

Seminggu kemudian dihari pertandingan, aku dah sedia duduk sambil menunggu bakal pihak lawan. Tidak lama kemudian muncul seorang mamat bersongkok kemek dan kesan hingus keras di keliling hidung. Dengan wajah sengih sengih beliau menghampiri aku dan bertanya..

" awak ni syafiq ke ? "..
" haah, kenapa? nak mintak autograf ke, meh sini kertas " sambil aku keluarkan pen dari poket
" Eh taklah, saya yang lawan awak sekarang ni "
" ohh.. tau ke main catur ni " aku tanya dengan nada mengejek.
" Boleh la sikit skit tapi tak handal macam awak " balas beliau merendah diri.
" Takpe, aku bagi kau masa sepuluh minit sebelum aku cekmet ye "

Pertandingan dimulakan...


*******************************************


Keputusan sudah diumumkan dan sekolah aku mendapat tempat ke tiga/pingat gangsa secara keseluruhan.


Faktaperlawanan :
Firdaus kalah sekali menang 4 kali
Aku kalah semua
Hanya tiga sekolah mengambil bahagian



Aku jumpa mamat songkok kemek tu memang aku ongbak kepala dia.

Syakuragi