Wednesday, June 16, 2021

PKP stands for? Pemimpin Ke Pembangang I think.

18 Mac 2020,

Bermulanya PKP,

Hari ini. 16 June 2021

Masih PKP.

Sampai bila tuan tuan?

Rakyat dah mula terdesak. Yang berniaga ada yang dah terlingkup. Yang bekerja ada yang dah kena buang.

Yang nak ibadah dihalang, disaman. Yang nak berhibur silakan. Nanti macam macam lah alasan gampang keluar didada akhbar.

PKP ini untuk siapa sebenarnya?

Tapi yang menariknya. Majoriti para pemimpin disini masih tenang main isu politik bangang macam tak peduli langsung hal rakyat bawahan.

Jangan sampai aku sumpah ahli politik ni jadi botol air.

Syakuragi,

Saturday, June 12, 2021

Test Mic 1...2...3


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Kali terakhir blog ini ditulis 17/4/2014, lebih kurang 7 tahun yang lalu.

Andaikata aku istiqomah menulis dari tarikh tu, jika dicetak dan dibukukan silap haribulan lagi tebal dari kamus.

Dalam 7 tahun ni pon dah banyak peristiwa berlaku. Usia pon sudah pasti makin jauh bertambah.

Gaya penulisan aku juga nampak gaya sudah semakin matang dan tak mengelupur.

Almaklumlah, nak mengelupur di usia tua terlalu hodoh di mata masyarakat.

Sebenarnya, dek kerana terlalu bosan dalam fasa PKP di Malaysia ni buatkan aku tergerak hati nak menulis dekat blog lama aku ni. 

Nak harapkan orang baca rasanya manusia zaman sekarang dah tak layan blog blog ni. Banyak lagi medium lain yang diorang boleh layan.

Sengaja aku menulis kat sini sambil nak asah kembali bakat (bakat?) menulis.

Macam aku cakap di perenggan atas, menulis merapu rapu dalam media sosial dalam fasa umur warga emas ni nampak hodoh di mata masyarakat.

Jadi aku coret jela kat sini.

Syakuragi,