Tuesday, March 29, 2011

Returning

Rutin hidup kembali seperti biasa...tiada lagi deruman jentera pemecut, gelak tawa di kedai kopi, bermesej mesejan sambil berguling dalam bilik

Henshin!! (bertukar gaya hero hero Jepun)



Bila la nak jadi penuntut ilmu agama yang sebenar ni..haihh

Syakuragi,

Tuesday, March 1, 2011

Sometimes The Quote is Better

" Kehidupan secara rehat tanpa diselangi dengan ranjau duri dan liku liku berupaya merencatkan tahap intelektual seseorang manusia secara beransur ansur "


pesananpenaja : Hampir sebulan melepet di Malaysia semenjak penghijrahan besar besaran akibat tragedi kebabom kebabom dush dush iskotu rois di Mesir itu hari.

Syakuragi,

Friday, February 4, 2011

Walaupun Bengang ( dengan Arab ) , Ikhlasnya Saya Sayang Mesir

Bila jumpa rasa nak carut, pantang nampak kita berjalan diorang (arab) menganjing, diskriminasi toksah cerita, kalau berbual kita sajalah yang dituduh bengap, buli bangsa lain mengalahkan semua lahir dari kayangan, tawar menawar liat nak mampus mengalah, berniaga stail tetak leher sampai putus, mengelentong dah macam bernafas.

"Makan tahun juga aku duduk sini, ini yang aku boleh describe pasal orang arab Mesir. Nak mengamuk, bukan negara sendiri, cuba juga mengamuk mufrodat tak banyak. "


Tapi bila tiba keadaan darurat macam ni, sebak juga dada. Selahanat lahanat diorangpun, ada juga jasa kadang kadang. Yela, mana ada bangsa yang sempurna luar dalam kan? Orang Melayu pon rajin juga hasad dengki dengan bangsa lain. 

"Sama samalah doakan Mesir aman balik. Kesian juga tengok 
brader brader rusuhan bergaduh sama sendiri."

Fakta : Bukan semua arab Mesir lahanat. Ramai juga yang jiwa murni.
Fakta 2 : Malam tadi 1st time Ashraf  the Lion salam aku sambil laga laga pipi. Ada can ejas anak dara dia  lepas ni.

'Sheikh Ashraf, Sami Rishwan, Ammu Aiman, Ammu kedai runcit, Abu Usamah, Ashraf The Lion, Bawab, Mama, Rakan rakan Hussin dan Attabah, Ammu To'miah Bil Bid, Geng Lori Transformer, Drebar Bas 24 ج, Brader Arabiata, Rodo rodo, My Queen, Brost, Tacobe, Jemaah Taman Semayang Jumaat dan semua arab Mesir yang ada.'

Gua sayang lu orang bai,!!

Syakuragi,

Sunday, January 23, 2011

Pari Pari

Menurut tafsiran pengkaji alam mistik " Pari pari adalah sejenis makhluk halus mengikut kepercayaan orang Melayu. Sering digambarkan dalam bentuk wanita cantik yang memiliki kuasa ghaib "

Okeh,

Pemahaman aku pula begini " Pari pari adalah sejenis golongan makwe cun/hot/comel/garing. Mereka biasanya akan muncul pada waktu yang tidak dijangka. "


**********

Kemendungan langit pada hari itu berganda. Burung burung yang berterbangan di angkasa banyak yang gugur ke bumi kerana gagal mengelak pertembungan di awan gelap. Hujan juga sudah test test power sejak pagi.

Aku yang sedang termenung di celahan jendela bas sardin, sekali sekala menguap kepenatan. Suasana hiruk pikuk puluhan ribu penumpang lain semakin reda. Ada yang penat, ada yang turun di destinasi masing masing. Bas sardin yang tadinya sesak kian lengang.

Disebabkan jarak perjalanan ke rumah aku masih jauh, aku ambil keputusan untuk melelapkan mata. Selang beberapa dengkur, bas sardin berhenti mengejut di tengah jalan. Apakah haramjadahnya bas sardin ini berhenti.

Rupanya....



pari pari idaman jejaka 

Puluhan pari pari terbang dalam kumpulan lalu hinggap di dalam bas sardin. Keadaan bertukar menjadi tegang. Brader brader lain ada yang betulkan jambul, sentengkan lengan baju, tarik nafas, sepetkan mata dan pelbagai aksi memikat.

Aku ?

Tetap menguap kebosanan. Bagi aku the real pari pari bukannya stailo, pandai mencarut, baju warna warni sendat atau profile picture tangkap gambar dari dahi. Daripada layan pari pari palsu, baik aku lelap layan khayal sorang sorang.


Contoh the real pari pari















" Cita cita mesti mau tinggi ye tak? "


Syakuragi,