Friday, May 14, 2010
Kembara Di Tanah Gersang
Lama jugak aku perati budak budak arab pilih barang. Mana yang umur hijau lagi, sambar coklat sikit, roti sikit, cekedis seplastik dua. Sambil ambil masing masing senyum tak lekang kat muka. Sengih nampak gigi belum habis tumbuh. Dan penat kutip barang ikut suka hati, mak ayah panggil letak barang dalam bakul. Ahh..mak ayah bayar bolehla.
Jenis budak budak baru nak up lain sikit. Macam biasalah, nama pon budak baru nak up. Tangan sebelah pegang barang, tangan satu lagi pimpin makwe. Baju pula stail rentak rancak. Design bunga tajam tajam, tulisan pusing atas bawah. Kalau dah nama bawak makwe takkan nak sambar coklat cikai cikai. Paling kurang coklat mesti dalam kotak. Cara pilih tak beria sangat. Mane yang makwe pilih dia ikut. Jenis anak orang kaya apa nak kisah seketul coklat harga sama dengan basikal ye tak?
Aku bangun dari tempat duduk. Cuba perati dalam shopping mall. Sekali lagi aksi paranormal tertayang depan mata. Bergrup grup budak budak bujang membeli belah benda mengarut. Setakat beli gelang letak kat tangan harga beratus ratus apa pasal ? Kasut, baju, spek mata, aksesori bagai semua. Kalau aku rompak dan gadai semua, rasanya lepas juga hidup dua tiga bulan kat sini. Sambil bayar sambil senyum manis. Mendidih juga rasa.
Pemandangan macam ni memang tak boleh layan lama sangat. Boleh jadi sakit hati tengok. Belanja duit macam dah tak ingat orang sekeliling. Aku teruskan melangkah tahan teksi balik rumah. Sampai rumah jerang air buat teh secawan duduk depan ruang tamu menung sorang sorang.
Dah nasib kan. Nak buat macam mana....
pesanan sebuah mesin atm yang zalim : baki di dalam akaun anda RM 83.72 sahaja.
Syakuragi,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
tgh2 bln cmni jgn byk sgt jln bro..mmg mendidih..aku tggu kau MAINS!!
s a b a r :)
MAINS memang suka bab2 main kasar ni..
baik cik sizuka..
hihihi...kim salam kt mesin atm yg zalim tu eh..u look hensem!
ahh ko puji plak mesin atm tu..zalim2 mane ade hensem..
naseb sama, jangan risau. err.. btw ust, ayah dah balik dari malaysia ke?
lepas dari umrah aritu terus balik malaysia sbnrnya..tak sempat nak pau seratus dua..huu
At least dlm bank ko ade RM 83.72. Aku xsampai LE 50, haha. Tapi aku rase MAINS memang saje la nak bagi kite semua kumpul pahale. Cuma, kalau menyumpah tu memang dapat dosa la. Weh, kalau ade duit lebih, jangan malas2 hulurkan pada yang lebih muda, haha.
eh bukan2, ayah n9 tu dah balik ke belum? huhu..
sarah ~
kot aku hulur pada yang lebih muda, apa lagi yg tinggal kat aku dah tua ni..huu
wanie ~
alamak silap jawab la plak..okeh..ayah mat zin kan? dengar citer 20 aribln ni dia balik..hee
ha, ayah mat zin. oyeah! jom arabiata, ust? hahha.. gurau2
Post a Comment