Saturday, June 12, 2021

Test Mic 1...2...3


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Kali terakhir blog ini ditulis 17/4/2014, lebih kurang 7 tahun yang lalu.

Andaikata aku istiqomah menulis dari tarikh tu, jika dicetak dan dibukukan silap haribulan lagi tebal dari kamus.

Dalam 7 tahun ni pon dah banyak peristiwa berlaku. Usia pon sudah pasti makin jauh bertambah.

Gaya penulisan aku juga nampak gaya sudah semakin matang dan tak mengelupur.

Almaklumlah, nak mengelupur di usia tua terlalu hodoh di mata masyarakat.

Sebenarnya, dek kerana terlalu bosan dalam fasa PKP di Malaysia ni buatkan aku tergerak hati nak menulis dekat blog lama aku ni. 

Nak harapkan orang baca rasanya manusia zaman sekarang dah tak layan blog blog ni. Banyak lagi medium lain yang diorang boleh layan.

Sengaja aku menulis kat sini sambil nak asah kembali bakat (bakat?) menulis.

Macam aku cakap di perenggan atas, menulis merapu rapu dalam media sosial dalam fasa umur warga emas ni nampak hodoh di mata masyarakat.

Jadi aku coret jela kat sini.

Syakuragi,

No comments: