Sunday, January 23, 2011

Pari Pari

Menurut tafsiran pengkaji alam mistik " Pari pari adalah sejenis makhluk halus mengikut kepercayaan orang Melayu. Sering digambarkan dalam bentuk wanita cantik yang memiliki kuasa ghaib "

Okeh,

Pemahaman aku pula begini " Pari pari adalah sejenis golongan makwe cun/hot/comel/garing. Mereka biasanya akan muncul pada waktu yang tidak dijangka. "


**********

Kemendungan langit pada hari itu berganda. Burung burung yang berterbangan di angkasa banyak yang gugur ke bumi kerana gagal mengelak pertembungan di awan gelap. Hujan juga sudah test test power sejak pagi.

Aku yang sedang termenung di celahan jendela bas sardin, sekali sekala menguap kepenatan. Suasana hiruk pikuk puluhan ribu penumpang lain semakin reda. Ada yang penat, ada yang turun di destinasi masing masing. Bas sardin yang tadinya sesak kian lengang.

Disebabkan jarak perjalanan ke rumah aku masih jauh, aku ambil keputusan untuk melelapkan mata. Selang beberapa dengkur, bas sardin berhenti mengejut di tengah jalan. Apakah haramjadahnya bas sardin ini berhenti.

Rupanya....



pari pari idaman jejaka 

Puluhan pari pari terbang dalam kumpulan lalu hinggap di dalam bas sardin. Keadaan bertukar menjadi tegang. Brader brader lain ada yang betulkan jambul, sentengkan lengan baju, tarik nafas, sepetkan mata dan pelbagai aksi memikat.

Aku ?

Tetap menguap kebosanan. Bagi aku the real pari pari bukannya stailo, pandai mencarut, baju warna warni sendat atau profile picture tangkap gambar dari dahi. Daripada layan pari pari palsu, baik aku lelap layan khayal sorang sorang.


Contoh the real pari pari















" Cita cita mesti mau tinggi ye tak? "


Syakuragi,

3 comments:

Aisyah Ahmad said...
This comment has been removed by the author.
Aisyah Ahmad said...

letak botton like weh..senang cket aku nak like entry ko ni..
sbb kekadang aku ni pemalas nak taip..rajin nak click je..


Regards:
Pari-Pari
..awwwww;p

Sarah Mustaza said...

peh! aku terkesima baca entri yang ni