Sunday, January 9, 2011

Royel Rambel

Sebelum hari hari yang bakal mendatang aku jadi makin sibuk dan malas, elok rasanya aku menaip sebaris dua disini. Maklum sajalah, sekarang ni musim sejuk. Beruang salji pon pandai simpan energi tak keluar merayau.

Namun bagi pelajar pelajar yang ada disini, nak tak nak kena tolak perangai beruang salji yang suka memerap dan tak aktif tersebut. Rata ratanya akan menghadapi peperiksaan versi musim sejuk. Kalau berjuang dalam bidang  ilmu tu mudah, baik tak payah buat sekolah, cetak buku banyak banyak ye tak? Baik tidur serap ilmu celah bantal.

Aku juga tak terlepas dari mengadap peperiksaan kali ni. Ikut hati nak je berselubung dua tiga bulan sampai musim panas. Setel musim sejuk, baru keluar dari dalam selimut. Tengok apa macam jadi lepas tu. Ada bentuk manusia lagi ke tak.

Tapi orang tua tua ada cakap, jangan selalu folo gerak hati. Kadang kadang betul, kadang kadang bawak binasa. Itu pasal makin banyak orang sekarang buat kerja bukan bukan. Asal putus cinta bantai terjun bangunan, tensyen dengan masalah tikam orang. Budak yang baru terlepas keluar rumah ikut geng samseng, terlanjur dengan makwe, nasihat sikit melantun mengalahkan dah lama hidup. Silap melantun, awal jumpa malaikat dalam kubur. Semua tu sebab terlampau ikut gerak hati yang dalam diam dah kena hembus dek setan. Helo manusia, tak salah folo lu punya hati, tapi mesti ada landas. Lu tau apa landas mau pakai? Kalau lu pikir boleh pakai landas potong bawang, lu bangang. Dah tentu la landasan syariat Islam yang dah ratus ratus tahun manusia dulu pakai. Faham?

Okeh, berbalik pada cerita peperiksaan tadi. Musim sejuk merupakan peperiksaan siri pertama disini. Subjek yang kena jawab juga tak berapa banyak nak banding siri kedua akan datang iaitu versi musim panas. Siri pertama musim sejuk, siri kedua musim panas. Kan nampak harmoni tu.

Jadi, peperiksaan siri pertama aku menawarkan lima subjek untuk aku jawab. Bunyinya macam sikit. Tapi jangan pandai pandai ada yang cakap " alah, lima je pon, kacang je tu ". Ada aku dengar sebut ayat macam ni, mari sini aku gulung gulung semua kitab lima subjek tu hayun ke kepala. Boleh nilai apa macam dia punya darah menyembur. " alaa, lima subjek punya kitab je "..

Sebagai penutup, aku sertakan bonus gambar jadual peperiksaan kali ini.



رَبِّ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْلِيْ أَمْرِيْ 
“ Ya Allah, Lapangkanlah dada(jiwaku) dan permudahkanlah urusanku.”

...Amin

,Syakuragi

2 comments:

aNiS tHe BumbleBee said...

gud luck laa..seb baik aku dah xpayah stadi.buleh hibernate lam selimut lama2.yahuuu!!

SyAkuRagi said...

mekasih makcik..berselubung la ye..dah debab sok baru keluar..haha