Saturday, April 25, 2009

Luahan seorang Rockers..

Sebagai sejenis hidupan yang bergelar manusia,kita semua semestinya memerlukan seseorang dari jenis berlainan untuk dijadikan teman.(takyah nak tipu lah kalau sape kata tak perlu or tak payah !!).Maka dengan itu,post aku kali ni lebih berbentuk luahan jiwa yang luka berdarah bagai dihiris sembilu bisa la.

Bila difikir-fikirkan balik,barula aku sedar yang selama ni sebenarnya aku tak pernah pun mengalami pengalaman like sweet camtu.(macam tak logik plak kan?)apa kes?tak laku ke?Tapi disini aku ingin menegaskan bahawa bukanlah aku ni tak diminati atau dianggap hina dimata para wanita.Malah terlalu ramai yang cuba nak kenen-kenen kat aku.(hujah ini terbukti shahih),cuma aku je yang tak nak(juga diyakini shahih).

Tapi sejak dua menjak ni,tetibe plak instinct untuk berawek tu meluap-luap.Ape kes?Boleh runtuh identiti rockers aku camni.adehh!!Kalau nak diikutkan,memang banyak peristiwa aib yang pernah berlaku sepanjang hidup aku ni.Antaranya,teknik ejasan yang berlanjutan terhadap seorang awek selama setahun dan diakhiri dengan kegagalan,hubungan kawan (hampir-hampir menjadi awek)diselangi duka lara turut diakhiri dengan kebencian tahap tak ingat nye.Kes ditolak mentah-mentah tu tak payah cakap la.Dah lali!!

Setelah puas berfikir dan dikaji berulangkali,ternyata teknik ejasan yang aku gunakan mungkin agak lemau dan tidak disenangi ketika mengayat.Mungkin lepas ni aku kena belajar mengayat dalam kaedah yg lebih up-to date kot.Sebab aku tengok movie dalam tv tu kemain ganas cara ayat dia.Aku plak still guna teknik P.Ramlee."Dinda..dinda.ape barang??lagi loya perempuan dengar adela..
Jadi aku sekarang memang dalam research untuk mendapatkan teknik ejasan berkesan berdasarkan filem-filem,novel dan juga perbualan harian remaja..dan aku yakin aku akan sukses!!caya ah syakuragi..!!


Rockers yg kesepian...
Syakuragi

1 comment:

UIVIAR said...

fuhh..dah mcm matan hadis pula..ada sohih tidak sohih..=D

apa pun aku doakan ko berjaya dunia dan akhirat


HIDUP ROCKERS...dan RAPPERS>. !!