Thursday, December 31, 2009

Blog dan Azam

Memandangkan wujud banyak persaingan sihat dikalangan para blogger. Aku cuba cari kelainan dalam bidang memblog aku ni supaya kelihatan lebih stailo dan funky. Barulah nampak segar segar pudina.

Lagipun pemberian nafas baru dalam seni tulisan blog juga salah satu dari 10 azam baru aku tahun ini. Sampai bila nak berada di takuk lama betul tak ? Kalau dulu rembesan idea aku banyak ke arah minda kanak kanak istimewa tapi azam aku untuk tahun ini supaya penulisan dalam blog ini biarlah lebih matang dan akil baligh.

Lepas membuat beberapa siri ujikaji, akhirnya aku berjaya menemui kaedah baru dalam kerjaya blog memblog ni. Ideanya bernas, fresh dan lebih mudah untuk difahami.


aku yakin ramai yang dah pernah tengok cerita Blogger Boy ni.

Cerita ni banyak memberi semangat sebenarnya pada aku. Penulisnya jujur cerita kisah hidup dia. Kejap kena tinggal dengan awek ni, sekejap dengan awek tu. Ringkasnya hidup dia memang tak berapa nak luck.

Yang aku tertarik pasal cerita ini, semua pengalaman dia hanya diterjemahkan dalam bentuk lukisan. Tak payah susah susah nak bina ayat ayat majmuk ni semua. Kesalahan tatabahasa secara otomatik akan jadi kurang.


contoh lukisan yang dilukis dalam blog dia. lengkap segala unsur.
misteri ada, sedih, rahsia alam, tak paham semua ada.




Berbalik kepada idea yang aku dapat ni. Ehem ehem..susun susun ayat mukaddimah pun tak guna. Aku cadang lepas ni, blog aku juga akan gunakan teknik yang sama dimana hanya lukisan dan beberapa kerat ayat ayat ringkas akan digunakan. Jadi sebagai 'top mission' aku kali ini, aku cuba uji bakat melukis aku yang memang dah ada cuma membeku semenjak beberapa tahun yang lalu.

Memandangkan aku tak mampu nak beli menatang 'scanner' untuk aku salin masuk ke komputer, aku hanya test guna teknik gerakan tetikus dulu. Mula mula ni, biarlah start dari bawah dulu.
Kat sini aku ada sertakan sikit seni gambarajah.





Aku sendiri tak dapat tafsirkan makhluk yang aku lukis ni. Posisinya juga agak meragukan. Nampak boleh tahan bengap. Sumpah aku tak kan izinkan katun ni guna nama Syakuragi.





Lain kali la aku azam tulis blog ni pakai lukisan. Tahun lagi satu ke...


Sayonara 09
Syakuragi,

3 comments:

SYED.IQBAL.SYED.FUAD said...

awk nampak lebih matang dgn kartun tu. semua same dowh, except 4 perot. huahuahua new year2 :)

Sarah Mustaza said...

Whoaaa...lawa giler lah lukisan ko. Macam2 tafsiran boleh dibuat. Haha.
Anyway, semoga berjaya!

..sy budak superb baek.. said...

kelakala gmbar tuh kot.. ak pon nk jdk blogger gurl la.. t terkubor je la itu impian..