Wednesday, April 29, 2009

Peperiksaan dan Saya

Minggu depan aku start pekse(exam). Jadi, pelbagai teori dan teknik study last minit bakal aku praktikan. Maknanye sebulan dari sekarang tema aku ialah berlumba dengan masa. Setiap hari aku akan pastikan jadual aku pack supaya takde langsung mase aku yg terbuang dengan sia-sia.

Semua urusan duniawi seperti sosial,hiburan,senaman akan aku tepis buat sementara waktu. Kalau ada orang cuba-cuba buat magic depan aku time tu memang berkecai muka kene lempang.

Disini aku cuba senaraikan paper yg aku kene jawab nanti.
- Al-Quran - Tauhid
- Nuzum Islami
- Tafsir - Akhlak
- Ulum Hadis - Hadis
- Syubhat Al-Quran
- Adab wa Balaghah
- Tayarat
- English

*Fakta menarik :
Jualan teh disediakan semasa peperiksaan dijalankan..

Penstadi,
Syakuragi

Tuesday, April 28, 2009

Filem aksi

Malam tadi,sesampainya aku kat umah, aku disajikan dengan sebuah filem lagak ngeri yg sungguh poyo.Tajuk filem pun aku malas nak amek tau.Setakat yg aku tengok lebih kurang mcm ni :

Kisah sorang pempuan normal(heroin) kononnya memiliki identiti mistik yg membolehkan beliau bereaksi seperti seorang pembunuh pro secara tiba-tiba.Beliau juga ditemani oleh seorg mamat legam(negro)yg bajet hero rilek tetapi akhirnya dikurung macam arnab di bwh tanah.Filem ni turut menampilkan watak penjahat penjahat yg lembab dan tak berotak.Ada yg mati kene lepek pie kt muke,kene shoot (ngan heroin) time tgh gelak,terjatuh kete la,tersungkur mase kejar-mengejar,mate kene cucuk ngan pisau.
Walaupun filem ni dipenuhi dengan babak horror,namun ianya tetap dianggap bengong ketika mana aku tau yg pempuan tu sebenarnye memang spy yg gile babeng ganas..(akibat tak tgk dari awal!). Kot dah tau ko tu spy,hentak je la sume org jahat tu awal,ni tak !ada ke patut leka buat kek la,jalan2 dengar lagu la..macam tak de motif..buang masa aku je layan..hampeh

*mamat legam tersebut muncul di babak2 akhir sambil senyum seolah segala masalah disetelkan oleh beliau.(makin membuak darah aku tengok)..

Tensyen + Menyampah = Tido lagi baek..

Syakuragi

Sunday, April 26, 2009

Sejenak di alam ilmu..

" Rock rock gak,tapi ko kene ingat yang ko tu belajar agama!! ",kata bapak aku.(tahun 2002,form 3)

Pesanan tu la yg wat aku still ada energy utk teruskan bidang ni.Walaupun kadang2 energy tu ghaib ntah ke mane (malas+enjoy la..ape lg).Tp bile recall balik suare bapak aku tu,automatik aku akan bangkit ibarat atromen terkena biasan matahari.Luapan semangat ke tahap kemuncak woo.!

Jadi sampai arini,beliau ah banyak motivate aku untuk tempuh setiap ranjau,duri,perangkap binatang dan segala macam dlm belajar ni.Dan beliau tak penah pun menghalang semangat rock ekstrem aku tu.

Kalau dulu :
Rambut serabai tak sikat,seluar pendek,jeans koyak,baju gambar tengkorak,rantai besi,kasut pon ade rantai besi,lagu megadeath,metallica,gun n roses dll.

Tapi sekarang :
Rambut pnjg sket potong,kain pelekat,(jeans dikecualikan),kemeja n jubah,selipar,lagu nasyid,bacaan ayat suci Al-Quran,ceramah agama..

Kire ok ah kan?
(gua-ana,lu-enta)

Jejaka berubah,
Sy***ragi

Saturday, April 25, 2009

Luahan seorang Rockers..

Sebagai sejenis hidupan yang bergelar manusia,kita semua semestinya memerlukan seseorang dari jenis berlainan untuk dijadikan teman.(takyah nak tipu lah kalau sape kata tak perlu or tak payah !!).Maka dengan itu,post aku kali ni lebih berbentuk luahan jiwa yang luka berdarah bagai dihiris sembilu bisa la.

Bila difikir-fikirkan balik,barula aku sedar yang selama ni sebenarnya aku tak pernah pun mengalami pengalaman like sweet camtu.(macam tak logik plak kan?)apa kes?tak laku ke?Tapi disini aku ingin menegaskan bahawa bukanlah aku ni tak diminati atau dianggap hina dimata para wanita.Malah terlalu ramai yang cuba nak kenen-kenen kat aku.(hujah ini terbukti shahih),cuma aku je yang tak nak(juga diyakini shahih).

Tapi sejak dua menjak ni,tetibe plak instinct untuk berawek tu meluap-luap.Ape kes?Boleh runtuh identiti rockers aku camni.adehh!!Kalau nak diikutkan,memang banyak peristiwa aib yang pernah berlaku sepanjang hidup aku ni.Antaranya,teknik ejasan yang berlanjutan terhadap seorang awek selama setahun dan diakhiri dengan kegagalan,hubungan kawan (hampir-hampir menjadi awek)diselangi duka lara turut diakhiri dengan kebencian tahap tak ingat nye.Kes ditolak mentah-mentah tu tak payah cakap la.Dah lali!!

Setelah puas berfikir dan dikaji berulangkali,ternyata teknik ejasan yang aku gunakan mungkin agak lemau dan tidak disenangi ketika mengayat.Mungkin lepas ni aku kena belajar mengayat dalam kaedah yg lebih up-to date kot.Sebab aku tengok movie dalam tv tu kemain ganas cara ayat dia.Aku plak still guna teknik P.Ramlee."Dinda..dinda.ape barang??lagi loya perempuan dengar adela..
Jadi aku sekarang memang dalam research untuk mendapatkan teknik ejasan berkesan berdasarkan filem-filem,novel dan juga perbualan harian remaja..dan aku yakin aku akan sukses!!caya ah syakuragi..!!


Rockers yg kesepian...
Syakuragi