Saturday, June 12, 2010

Melepak Malam

Persidangan malam berjalan macam biasa. Ahli yang datang boleh tahan ramai. Bila dah ramai, macam macam lah isu berbangkit dibincangkan. Dari masalah perut lapar membawa ke ngejas makwe dan mengata manusia sekeliling.

Aku yang duduk dibahagian agak hujung hanya dengar hujah hujah ahli lain. Sekali sekala hirup neskafe yang dah tak berapa panas ditiup angin malam. Sengih pon sekali sekala. Penat badan berjaga siang belum sembuh agaknya.

Tiba tiba Wira selaku mantan Pengerusi Senat yang duduk di sebelah kiri tegur..

Wira : Ko nampak macam tak semangat malam ni. (beliau tanya bajet bajet caring is sharing)

Aku  : Letih sikit la brader..

Wira : Kalau macam tu aku kasi ko satu teka teki apa macam?

Nak berteka teki pulak dah bisik aku dalam hati.

Wira : Teka teki nya begini.." Ali...terjatuh dari sebuah bangunan tingkat 16..tapi Ali tak mati..apa pasal ? "

Aku :  Ajal tak sampai

Wira : Salah!

Aku  : Ali jatuh ke tingkat 15

Wira : Bukan! 

Aku  : Ali jatuh dalam air 

Wira : Pon bukan! 

Aku : Dahtu ?

Wira : Ali ialah seekor lalat. ( sambil ketawa mengilai ngilai )

Aku : CISSS!!!!!




p/s : time exam ada je nak tulis..sekarang satu habuk pon takde idea..

Syakuragi,

6 comments:

aNiS tHe BumbleBee said...

kalo aku,aku tampa org yg kasi teka teki tu.kalo die tnye nape,aku jawab,ingat ko pon lalat jugak.

SyAkuRagi said...

semenjak dua menjak ni makin garang je ko ni aku tengok..huhu

AWOLscholar said...

dah mula berteka-teki plak..mlm2 len pasni ntah2 berpuisi dan bersajak plak si monyet sekor tu..

SyAkuRagi said...

beliau kan pemenang sajak time skolah dulu..(kalahkan Najib )

::alifdalmim:: said...

sangat kelakar ye tuan-tuan dan puan-puan..

SyAkuRagi said...

macam ucapan pengerusi majlis plak ko ni..