Thursday, June 24, 2010

Wira Itu Nama Ayahnya

Maklum balas dari blog ini...

(beliau lebih kacak dari ini..percayalah..)


Kalau tak silap aku, tahun 2000 adalah tahun dimana berlakunya pertembungan mega antara aku dengan brader ni. Dalam kelas, beliau dikenali dengan nama Wira@Syafix.

Wira datangnya dari bandar metropolitan. Biasalah budak yang datang dari bandar ni, serba serbi gaya hidup diorang lain dengan budak kampung macam aku. Pertuturan ada selit english, jalan henjut hip hop, baju stailo stailo, cerita barang branded. Dan majoriti dalam kelas aku dulu pon terdiri dari budak budak macam ni. Mujur aku dan rakan rakan kampung yang lain berjaya buat balensing supaya tak wujud jurang yang ketara.

Awal perkenalan dengan Wira, 'attitude' beliau memang kurang menyenangkan. Bayangkan korang tersalah pass bola tepat tepat ke kaki pon dah kena maki. Itu baru hari pertama kenal. Hampir juga aku nak lancarkan penendang kilat tepat ke rusuk tapi tak elok pula dipandang rakan sekelas yang lain.

Namun lama kelamaan aku, Wira dan rakan sekelas yang lain akhirnya bersatu. Menentang senior yang bajet gagah, konon alim tapi ibarat puaka terlepas rantai dan macam macam lagi. Nilai nilai ketimuran juga mula meresap dalam jiwa golongan rakan rakan bandar. Mana yang dulunya sering berkasut kemudian mula meminati stail selipar sebelah lain dan berkaki ayam. Yang menyuap pakai sudu juga dah bijak menyuap guna tangan yang adakalanya tak basuh dan berbagai lagi nilai nilai murni berjaya diterapkan.

Kini dah hampir sedekad aku kenal dengan Wira dan rakan sekelas yang lain. Daripada dibuli hinggalah membuli manusia, macam macam pengalaman yang kitorang rempuh. Apa pasal ayat macam tak berapa nak best ni. Pedulikan. Kes diburu polis, bertanding dalam arena nasyid, bersukan, mengejas makwe dan seterusnya menjejakkan kaki ke bumi Mesir. Ayat ini juga rasa tak best. Pedulikan juga.



fakta : Wira ada 3 orang adik perempuan. Aku dah cop sorang. Banyak cerita tak guna..


Syakuragi,

14 comments:

aNiS tHe BumbleBee said...

selamat berjaya mengejas adik wira..haha!

aNiS tHe BumbleBee said...

eh,jap.kalo dah wira tu nama ayahnya,maksudnye,ko cube mengejas mak sedara syafix?kihkihkih!

SyAkuRagi said...

yeah makcik!!..eh wira tu mmg nama ayahnya tapi nama gelaran utk syafix..so tekaan ko aku nk ejas makcik dia adalah salah..kahkahkah

Anonymous said...

perghh.... :D

ayd said...

ape tujuan wat post special tuk syafik wira nih?? friendship never end?? haha..

SyAkuRagi said...

anon ~ yeah...

ayd ~ untuk ko pon aku nak wat lepas ni..haha

ayd said...

huh?? oke.. ak tggu.. haha..

Humair said...

Hahahaha, Syafiq2, kelakar betul bila baca post ni. Tp kenangan lama tu mmg indah kan :) Tak sangka hampir sedekad kau dan kwn2 bersama. Moga persahabatan berkekalan.

AWOLscholar said...

bukankah batch senior Humair ni ke yg 'syafiqoin' ni bangkit menentang? hahaha..

SyAkuRagi said...

ayd ~
nak tulis pasal kenangan kita bersama boleh? haha

SyAkuRagi said...

humair ~
yup btol2..kalau takde pahit manis dalam hidup tak best..mekasih gak kt brader2 sekalian yg byk kasi tunjuk ajar selama ni..hehe

SyAkuRagi said...

awolpami ~
ko jgn macam2 mi..ayat tu macam menuang minyak gas ke unggun api..hahaha

ayd said...

masalahnye, ade ke kenangan bersame?? haha

SyAkuRagi said...

kalau takde, bleh je buat sampai ada..haha