Wednesday, May 13, 2009

Hari Paling Bahagia

Tatkala fajar mula menyinsing, kedengaran ayam (arab luar rumah menyamar jd ayam) bersahutan kokok..dan pada saat inilah aku dilanda satu perasaan penuh enigma untuk menikmati secawan Nescafe..

* Malangnye..

" Alamak!! gula dah habeh "..aku tedengar Nasri menjerit.
Aku hanya mengeluh dari jauh sebab kecewa tak dapat minum Nescafe..

Disebabkan kecewa yg amat sangat, aku terus lelapkan mata...

Zzz...
Zz ..

Dan dalam tidur tersebut, aku didatangi seorang bidadari yg kecantikannya melebihi cikgu Linda AF..beliau berkata " sabarlah wahai si kacak..malangmu akan dibalas kesenangan kelak "...

Belum pun sempat aku nk ngayat ajak kuar tengok wayang, beliau terus hilang ditelan kabus tebal yg putih dan bersinar..

Sesudah sedar (tengahari) dari tido, fikiran aku tetap teringatkan kata-kata bidadari tadi. " Apakah maksud beliau? ", "Adakah aku akan dingorat oleh makwe-makwe? "..ahh..biar je la.

Aku terus ke dapur untuk mendapatkan segelas air. Sesampainya di dapur, aku dikejutkan dengan kehadiran bekas biru yg sarat dengan gula..menandakan hajat aku untuk menikmati Nescafe bakal tercapai..Alhamdulillah

Secara tiba-tiba, jantung aku berdegup deras. Aku cuba tolehkan kepala ke sebelah kiri..dan saat itu, tanpa disedari air mata aku mula mengalir dan membasahi pipi..alangkah syahdunya..bagaikan mahu menjerit keriangan..

Benarkah ini?..kelihatan tersergam indah semangkuk sambal ikan bilis, seperiuk nasik berperisa santan juga hirisan penuh seni telur rebus dan timun menandakan ianya tidak lain dan tidak bukan...

Nasik Lemak sambal ikan bilis !!

Faktamenarik :
Aku dan Pak Asan makan sambil tergelak-gelas menandakan hati puas..

Terus tak ingat muka bidadari..

Puas Hati,
Syakuragi

No comments: