Friday, May 15, 2009

Fly

2004 - MANS, Gemencheh
1.15 pagi

" Fam, ko tak rase boring ke malam ni ? Pegi 'fly' jom , ajak aku.

Zaman aku sekolah dulu, kalimah 'fly' ni memang sinonim dengan aktiviti pelajar asrama panjat pagar skolah pada waktu malam lepak2 kt kedai makan luar yg sememangnye antara kesalahan disiplin yg hot dan sekaligus menyebabkan cecikgu di sekolah jadi hot kalau dapat tau.

Tapi, bagi aku dan memember darkers (dark + rockers) yg len, aktiviti sebegini memang fun sebab sepanjang perjalanan sebelum untuk sampai ke kedai makan tersebut, kitorang dapat mempraktikan pelbagai
taktik 'combat' yg real..

antaranya beruniform gelap, mengelak sinar cahaya,merangkak dalam semak, merengkuh pagar,berguling di bukit, sembunyi dalam longkang ketika kecemasan, menyamar jd brother2 kampung dan sebagainya hanya untuk memuaskan nafsu lepak style brother2 yg membuak time tu. walaupun ianya meletihkan tp kami tetap seronok (ending karangan skolah rendah)..

.." malas ah, lagipun line tak bape clear skrg ni..silap2 leh kantoi kite nanti ",jawab Fam dengan nada acuh tak acuh je.

Letih gak lah nk pujuk mamat sorang ni tapi akhirnya Fam mengalah bila aku sebut " takpe ah, ko follow je nanti aku 'payung' (belanja) "..

Fam mengangguk tanda setuju diselangi ketawa2 kecil sekaligus menampakkan sifat suka makan free beliau..huh

On the way nak turun tangga asrama, kitorang terdengar suara Pak Asan yg sedang mengalunkan ayat2 suci Al-Quran dengan tune suara tenggelam timbul.

" pe kate ko ajak Pak Asan skali ",cadang aku.

Pendek cerite, lepas puas dipujuk oleh Fam, Pak Asan pun akur dengan alasan boleh gak hilangkan tensyen ngapal tak masuk2 yg beliau alami.

Kami berjalan tenang tanpa sebarang masalah (dikejar jaga/warden) walaupun sekali sekala mengelupur tak tentu pasal..

"Dah lame gak kite tak fly sesame camni, dalam setengah taun gak la", kata aku memecahkan kesunyian..

" Kire come back ah ni kan",Pak Asan cube speaking..

" Yups,tp..kompem ke ustaz tak round2 luar time ni ", balas Fam tanda risau.

" Pro mcm kite ni FBI pon tak bleh kantoikan ",aku cuba tenangkan keadaan.

" ni kan plak ustaz,warden,jaga tua yg %#& ,pot pet pot pet pot pet...",Pak Asan menyampuk.

" takde sape yg dapat halang kite nye..dah bape lame plak kita dalam bidang ni ", aku makin rancak menambah.

" Ha ha ha ha ", kitorang gelak serentak seraya mendongak ke atas sebagai tanda ganas ala2 pemeras ugut..

....

....

4 tahun kemudian..

2008
Mesir

" aku nak kuar makan ni, nak follow tak? ", sambil lewa aku ajak Pak Asan pada suatu malam.

" tak mau ah " jawab beliau pantas..

" jom la..polis dah tak kejar dah "..

" Cett! ", Pak Asan mencebik tanda dendam tak sudah..

Hahaha
Syakuragi

1 comment:

langkasuka.blogspot said...

kalau ngko takde visa kira mengelupor gk kuar kat kaherah kan kan..