Friday, May 22, 2009

Aku 5 Tahun Akan Datang

" Baiklah pelajar-pelajar semua, sampai sini sahaja perbincangan kita hari ini ya "

" Terima kasih Prof " jawab mereka..

" Assalamualaikum " balas aku sebelum meninggalkan dewan utama diperkarangan Universiti Malaya.

Aku berjalan dengan tenang tanpa diiringi oleh bunyi-bunyian lagu indie. Lima belas meter dari kereta, aku tekan alarm. Kedengaran suara pelajar-pelajar perempuan menjerit dengan nada bergurau " Prof !! Bila nak kasi kitorang naik Lamborghini Murcielago prof tu !!"
Aku hanya balas dengan senyuman tawar je..Sepanjang perjalanan pulang aku pasang bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca oleh Sheikh Mishary..sedap betul suara beliau.

Tatkala sampai di rumah, gate rumah aku terus terbuka tanpa perlu aku turun kereta seluk poket keluarkan kunci. Lepas berehat ala kadar tiba-tiba aku dengar henpon berbunyi. Hanya nombor yang terpapar di skrin. Aku angkat.. " Prof, malam ni jangan lupa ya ceramah agama kat masjid wilayah "..." Insyaallah ustaz" aku jawab dengan nada yakin.

Sesampainya di perkarangan masjid, aku disambut dengan penuh riang dan gegak gempita. Sempat juga aku nasihat empat lima orang rockers di bawah garaj kereta ajak sembahyang jemaah sekali. Ada yang ikut dan ada jugak yang wat dono je. Takpelah..saya doakan supaya Allah bukakan pintu hati kamu semua suatu hari nanti. Aminn..

Setelah selesai mengerjakan solat. Majlis pun dimulakan..ceramah yang aku sampaikan mendapat sambutan yang baik dari segenap lapisan masyarakat, malah siaran televisyen swasta juga merakamkan ceramah ini untuk ditonton oleh semua rakyat Malaysia secara live di kaca tv.. tidak terkecuali juga anak-anak muda yang merakam menggunakan telefon bimbit berkamera untuk diupload kedalam youtube.

Majlis tamat lepas selesai acara kemuncak iaitu makan-makan. " Kamu ni bila nak kawen Prof ?" kata Perdana Menteri. " Haah, kalau kamu nak beritahu sahaja, beta akan tanggung semuanya"celah baginda Sultan Brunei.." Ada jodoh ada la tuanku " balas aku sambil tersenyum.

Dan keesokan harinya, aku menerima panggilan dari Kedutaan Arab Saudi di Malaysia.
" Hai, awal-awal dah kena 'tempah' jadi imam kat Masjidil Haram..papepon Alhamdulillah rezeki." Boleh jugak bawak mak ngan ayah buat haji sekali.

Tepat jam 9 pagi, aku sampai di universiti seperti biasa dengan niat mencurahkan ilmu kepada anak-anak muda.

Sambil berjalan masuk ke dalam dewan, otak aku asyik teringat ayat ayah aku tempoh hari " hujung minggu ni kita bawak rombongan meminang ke rumah ustazah tu ye "..serius je bunyinya..jadila tu kot..hehe

" Assalamualaikum Prof !! " laungan sekumpulan pelajar membantutkan angan-angan aku yang hampir menerjah masuk ke alam bukan-bukan itu tadi.

" Waalaikumussalam semua " balas aku sambil mengeluarkan sekeping laptop dan diletakkan di atas meja.

" Baiklah, kita teruskan perbincangan kita yang tertangguh semalam "


Seronok kan ??




faktaterkini : apesal tak selesai lagi main counter-strike ni !!


Syakuragi

1 comment:

nasri said...

kahkahkah.. tu belum lu main red alert lg. tak pun main game tennis..
game lawan-lawan pun tak campur lagi..

kene pulak umah ade internet. habis mase layan metacafe.. perghhh.. tinggal angan-angan la..

hot hot chiken shit.. kahkahkah
(aku dan asan)