Tuesday, May 12, 2009

Persilatan Garuda Jingga

Malaysia - Masa tu aku tengah lepak-lepak minum kt sebuah restoren sambil ditemani beberapa orang member lame. Tengah syok mengutuk antara satu sama lain,tetibe kitorang dengar suara orang bertempik. " Kalau lu brani, dtg cnila!! ",jerit sorang remaja. Aku rase dia bdk sekolah lg kot..gaye pn mcm budak nak kuar umah malam kene mintak izin mak. "Biar je la pit,bebudak gaduh sbb awek ah tu ",jelas Jat.

Tak sampai 10 minit kemudian,muncul lima bijik motor dan dua buah kete. Aku tengok bdk yg bertempik mcm hero tamil tadi dh pucat. Bebelas orang datang (walaupun tak tough) jerit name bdk td.." Haa! Mane die yg terer sgt td?",teriak salah seorang. "Tu dia bang!",kata sorang lg (aku bajet die ni seteru kpd bdk tempik tu)..bese ah bdk-bdk,rase nak gaduh ajak abang, abang ajak member..huh!

Melihatkan keadaan semakin genting, aku bersuara " Wei, nak gaduh pegi ah tempat lain, orang datang nak lepak ni ",dengan rilek aku sound. " Lu jgn sebok !! ",balas seseorang sambil mula menghayun parang kat tengkuk aku. Ibarat ikan meliuk di air aku elak serangan beliau, lantas aku bagi sepakan putar yg padu tepat di dada. Beliau terus tergolek diiringi dengan lelehan darah pekat dari mulut.

Teringat akan pesanan Wak Paiman (sifu aku), " Musuh jangan dielak, kawan jangan ditolak ".. Gunalah ia (jurus garuda jingga) jika kau dalam kesusahan..

*Tamat flashback...

Dan kali ni, rombongan pemukul terus mengalihkan perhatian kat aku.Aku dihujani pelbagai teknik serangan..ade yg sepak,ade yg tikam,ade yg hayun..Sambil menekapkan tangan di mulut sebagai tanda mengantuk, aku tepis semua serangan tu sepantas kilat. " Tu je? ",tanya aku.." Kalau takde, now my turn " seraya membuka langkah penuh mistik.

Aku bermula dengan tusukan dua jari ke arah mata mereka dan melutut kepala masing-masing tanpa belas kasihan..tidak lupa juga sepakan kilas ke arah muka dan tumbukan padu yg bisa menjahanamkan seri wajah seseorang. Setiap gerakan ini aku sertakan dengan gelak tawa yg mengilai-ngilai dan cukup menakutkan.

Maka, bertempiaranlah rombongan pemukul tersebut akibat tidak mampu lagi berdepan dengan aku. Tiba-tiba, bdk yg sepatutnya 'dilauk' oleh mereka tadi datang dan thanks kat aku. Aku tanya " Ape kes? ".. Die jawab " saye ejek die dlm kelas pastu...Pang!! Aku rembat kepale budak tu sebelum sempat beliau meneruskan hujah penggulungan.

Buang mase aku je layan..citer dalam kelas tp gaduh mcm tertikam awek.. " Kan aku dah ckp jangan campur,ko degil ",celah Jat. Pasni, tobat aku tak amek port orang gaduh dah.

Dan malam itu jugakla, aku dihukum berendam dalam sungai yg dipenuhi buaya oleh tok guru aku ( Wak Paiman ) sebab tidak hadir (ponteng) ke kelas mengaji beliau..

Fakta : Wak Paiman bukan orang Jawa dan tidak dilahirkan di Indonesia..sekian


Pesilat Garuda Jingga,
Syakuragi

1 comment:

Unknown said...

macam hero tamil plak ko ni haha