Sunday, June 21, 2009

Agak Agak La

Memiliki tubuh badan yang agak besar berbanding rakan rakan lain memang satu kelebihan. Selain dari mampu mem'back up' rakan dari dipau atau dilempang dek samseng, kita juga mampu meringankan beban yang diangkut oleh orang yang lebih kecil. (dah macam gajah pulak dah)

Tapi benarkah memiliki tubuh badan yang besar satu kelebihan ?

Bagi aku tidak..

Ianya bukanlah satu ketidak syukuran tapi, aku sendiri pernah menjadi mangsa sikap prejudis masyarakat terhadap orang yang bertubuh besar.

Sebagai peringatan, kadar ketinggian aku mula meningkat seawal usia 9 tahun. Akibat peningkatan yang mendadak, banyak seluar panjang aku menjelma jadi seluar pendek dan seluar pendek pula seakan akan seluar dalam. Disebabkan susuk tubuh badan yang agak besar juga, masyarakat sering mengutarakan soalan soalan bengong pada aku..

" Eh, amek SPM kan tahun ni ? "

" Bila nak nikah ? "

" Orang rumah kamu mana ? "

Agak agak la wei, aku baru sekolah rendah masa tu. Itu hanya pertanyaan dari masyarakat sekeliling. Persepsi masyarakat luar dan soalan tahap tenuk yang diajukan.

" Makcik, tiket untuk kanak kanak satu " - darjah 5 nak beli tiket bas transnasional

" Mana adik kamu ? " soalan bengong dari makcik tiket.

" Saya la makcik, mana ada adik adik "

" Kamu mana boleh beli tiket kanak kanak !! perasan !! dah besar pon tak reti nak beli tiket ke?"

Kalau ada tombak memang aku tikam jantung makcik tu. Tapi nak salahkan dia pon tak boleh jugak. Mungkin makcik tiket hanya memiliki kadar iq sebanyak 0.2 untuk membezakan umur seorang kanak kanak dan orang dewasa masa tu.

Kebebasan untuk meloncat loncat di taman permainan juga terpaksa aku tinggalkan lebih awal dari kanak kanak normal yang lain. Gud bai gelongsor, jongkang jongkit, boyan, pembetong kaler kaler.

Masa nak main bot mainan kat pusat hiburan dalam pasaraya.

" Maaf ye..permainan ini hanya untuk 12 tahun ke bawah "

" Aku baru 10 tahun la tenuk !! "


Memiliki tubuh badan yang besar memang banyak kelebihan kan ?


Syakuragi

3 comments:

Munirah said...

cam same kes ngn aku je. leh imagine, mase aku darjah 6, org leh tny aku thn ke berape dlm U. masa aku spm, org tny aku keje kat mana. haih.. rasa dah tua diri ni. suma sbb muka aku yang TERLALU matang. ceyppp..

SyAkuRagi said...

kita serupa 2x..hehe

Anonymous said...

aku cam setuju je ngan orang yang tanya soalan pelik2 kat ko tu..huhu..