Tuesday, June 2, 2009

Kipas Angin

Nama saya Kipas Angin. Saya mempunyai tubuh badan yang solid dan menarik. Bilah dan punat dibadan saya up to date. Kemampuan saya untuk menyamankan udara sekeliling juga tidak dapat dipertikaikan lagi. Pada suatu hari saya diambil oleh seorang budak bernama Syafiq. Beliau amat menyayangi saya. Saya diletakkan di atas meja yang cantik dan kemas. Kemana sahaja beliau pergi beliau tidak bawak saya. Apalah jadahnya nak bawak saya berjalan jalan. Beliau tidaklah sesewel itu untuk membawa saya berjalan merata rata. Tapi itu semuanya sudah berlalu. Kini Syafiq tidak perlukan saya lagi. Sudah buruk katanya dan kadar kenyamanan udara macam budak kecik hembus pakai mulut.


puas saya carik gambar saya tapi tak jumpa..akhirnya saya searh kat internet dan jumpa gambar ni


" Aku ingat lepas ni nak pasang ekon la..apa barang pakai kipas kipas ! hahaha " - Syafiq


Saya sebuah kipas angin..

5 comments:

Basuh Baju said...

kesian kau jadi kipas..haha

tapi kau menjimatkan letrik..

LavENDer Wind said...

bila membaca sebegini teringat sutau ketika xaman skolah dulu, buat karangan dgn ayat "aku sebuah/sekeping/sebatang ...."
yang pasti kisah tu pasti sad ending "tuan aku sudah tak bergunakan aku lagi...aku di buang ... "

rindu ..bila fikir balik mungkin maksud tersirat tugasan seperti itu adalh kehidupan kita sehari2, hari ini kita part of sesuatu yg penting, esok mungkin kita tidak bernilai apa2 lagi...

WaNiE said...

ni mesti dh bertahun x cuci kipas 2 patut ar slow...

khadijah said...

nway,jagela kipas ko leklok
kalo malas sangat rasenye nak basoh,pakai jela kipas kecik yg gune bateri 2
jimat letrek
even kadar hembusannya hanya setakat hembusan dak2 kecik yg lom cukup umor

SyAkuRagi said...

bilik aku memang berkonsepkan ketuhar..senang nak rebus mee sambil baring atas katil