Monday, June 1, 2009

Catur

Suasana di kantin sekolah petang tu agak ganjil. Puluhan kanak kanak sekolah berkerumun jerit jerit macam tengah tengok konsert XPDC kat funfair tempoh hari. Hati aku rasa pelik. Selalunya waktu ko-ko semua pelajar kena buat aktiviti ikut kelab masing-masing. Samada melukis gambar binatang, menyanyi ikut cikgu ataupun mengutip sampah sekitar sekolah. Disebabkan syak aku makin kuat, aku terus berlari menuju ke arah kantin. Sesampainya di sana, sekali lagi aku di 'prank' sebab yang jadi haruk bukan pasal ada orang battle shuffle tapi sekadar memberi sokongan kawan kawan tengah main catur. Permainan catur bagi aku tidaklah memerlukan jerit jerit ejek ejek pihak lawan.

" Setakat main catur..pejam mata pon boleh menang " kata aku sebelum meninggalkan perkarangan kantin.

Semua sidang hadirin senyap....

" Kalau betul kamu handal, buktikan ! ", jerit Cikgu Ipin dari celahan pelajar.

Hati aku mula jadi berdebar. Asalnya aku nak sebut dalam hati je tadi. Entah macam mana boleh terzahir pulak kat bibir. Tahap pengetahuan aku dalam catur ni pon asas asas je. Setakat nak gerak kan kuda stail 'L' tu tau la jugak. Takkan aku nak buat buat sawan petang petang macam ni. Aku melangkah lemah ke meja Cikgu Ipin. Budak budak lain semua pandang pelik sebab yang berhadapan dengan aku masa tu ialah Cikgu Ipin sendiri.

" Mana boleh saya lawan dengan cikgu, kalahla saya macam ni " aku cuba protes.

" Jangan risau.. Firdaus mari sini !! " jerit Cikgu Ipin yang susuk tubuh badannya lebih besar dari tiga orang budak tingkatan 2 tapi tetap gigih menunggang kereta kancil merah beliau untuk ke sekolah.

Maka muncullah Firdaus yang bakal menentang aku dalam sayembara catur pada petang tu. Tak silap aku, Firdaus adalah wakil catur dan pencatur yang disegani di sekolah waktu tu.
Aku cuba merenung tajam ke arah mata Firdaus dengan harapan semangatnya akan luluh sebelum permainan dimulakan. Firdaus buat buat tak nampak dan terus menggerakkan buah catur ke bahagian depan. Buah catur aku turut digerakkan untuk mengelak asakan beliau. Perlawanan semakin sengit. Satu demi satu buah catur aku dirampas. Entah macam mana tiba tiba Firdaus terkedu dan tunduk ke meja. Strategi hentam kromo aku berjaya men'cekmet'kan beliau.

" Wahh, bagus kamu ni. Saya daftarkan kamu wakil sekolah untuk pertandingan minggu depan ya " bersungguh sungguh Cikgu Ipin pujuk aku.

" Hmm tengoklah " balas aku seolah olah jual mahal.

Dan selepas peristiwa kekalahan Firdaus, nama aku makin popular dikalangan pencatur amatur sekolah. Aku diberi gelaran 2nd king of Chess. Kenapa aku 2nd ? Sudah pastinya hero macam aku tak suka menunjuk nunjuk. Seramai lima orang wakil termasuk aku akan mengambil bahagian.( main secara berkumpulan )

Seminggu kemudian dihari pertandingan, aku dah sedia duduk sambil menunggu bakal pihak lawan. Tidak lama kemudian muncul seorang mamat bersongkok kemek dan kesan hingus keras di keliling hidung. Dengan wajah sengih sengih beliau menghampiri aku dan bertanya..

" awak ni syafiq ke ? "..
" haah, kenapa? nak mintak autograf ke, meh sini kertas " sambil aku keluarkan pen dari poket
" Eh taklah, saya yang lawan awak sekarang ni "
" ohh.. tau ke main catur ni " aku tanya dengan nada mengejek.
" Boleh la sikit skit tapi tak handal macam awak " balas beliau merendah diri.
" Takpe, aku bagi kau masa sepuluh minit sebelum aku cekmet ye "

Pertandingan dimulakan...


*******************************************


Keputusan sudah diumumkan dan sekolah aku mendapat tempat ke tiga/pingat gangsa secara keseluruhan.


Faktaperlawanan :
Firdaus kalah sekali menang 4 kali
Aku kalah semua
Hanya tiga sekolah mengambil bahagian



Aku jumpa mamat songkok kemek tu memang aku ongbak kepala dia.

Syakuragi

1 comment:

Lina Zainal said...

hahaah...aku juga ingat masa ni...aaku dapat no 2(acara permpuan la kan)...tapi aku lepas pergi negeri...dengan umair...huhuhu..