Sunday, May 31, 2009

My Review : Dulu dan Sekarang

gambar ini disnap 5 minit sebelum kedua dua mangsa dibaham harimau kumbang


Era 90-an

Kehadiran aku di pra sekolah pagi tu menimbulkan seribu macam persoalan. Setiap pasang mata yang memandang seolah olah mengatakan aku bakal mencetuskan gelombang revolusi peperangan yang cukup hebat di kalangan mereka pada waktu itu.

Lantas seorang budak angkat tangan dan berkata " cikgu cikgu, dia ni macam orang jahat je "...
" haah la cikgu " yang lain menyampuk.

Aku balas kata kata budak tersebut dengan sorotan mata yang ganas dan gerakan jari tanda isyarat bunuh. Beliau terus terdiam.

" Ish tak baik kamu semua cakap macam tu, cikgu kenalkan kawan baru kamu semua Muhammad Syafiq "

Selepas memperkenalkan diri lebih kurang, aku carik port belakang sekali dalam kelas..baru ada aura taiko. Selang beberapa hari kemudian, tadika kami di 'ambush' oleh brader sekolah rendah pada waktu rehat. Makanan kami dirampas, harta benda dirompak, pelajar perempuan dikacau (budak sekolah rendah dulu apa tau!!)

Aku dan memember lain yang sedang melepak borak hal hal politik agak kaget bila dengar kejadian tu. Selaku hero tadika yang tak penah miss sarapan pagi, perkara ini tak boleh dipandang enteng. Setelah mendapat kata semangat daripada makwe makwe, aku mengorak langkah ke bahagian sekolah.

" Kita kena rancang serangan ni dengan rapi " aku melantik diri sebagi kapten
" Lu jalan kitorang layan " sahut memember tadika yang lain
" okeh, wan serang atas, bob serang sebelah kanan, joe bahagian kiri dan aku sendiri akan datang dari depan, setuju ? "
" baik bos ! "

Kami memulakan langkah dengan penuh berhati hati menuju ke kelas brader brader. Misi ini perlu dilakukan secara sembunyi dan tidak diketahui oleh guru guru yang lain. Dan jika berjayanya misi ini maka geng kami akan diiktiraf sebagai taiko besar di seluruh pelusuk sekolah.

Sesampainya kami di sana, pembahagian kawasan serangan dimulakan seperti yang dirancang.
Aku yakin lepas ni semua pelajar akan gerun bila dengar nama kami nanti.

Sedang khusyuk 'aim' sasaran, tiba tiba....

"apa kamu semua buat kat sini hah!!" jerkahan dari Cikgu Razak membantutkan misi kami seterusnya membuat sistem perkumuhan kami bercelaru.
Tanpa membuang masa, aku terus menggunakan kata kata hikmat pelembut hati. Ianya berbunyi begini

"cigu cigu, kite nak carik tandas la..kat mane ek " (pelat budak 6 tahun)
" haah la cigu, kitorang dah tak tahan ni, shakit peyut " sambung memember yang lain

" lain kali tanyala abang abang atau kakak kakak kamu, mari cikgu bawakan"

Kami semua pulang ke tadika dengan keadaan hampa kerana counter attack yang derencanakan tidak berjaya..

****************************

Pergaduhan aku dan brader brader sekolah tetap berlaku setahun lepas tu. Kejadian ini dianggap peperangan epik yang paling bersejarah di sekolah pada waktu tu. Seramai 3 orang brader berjaya menewaskan kumpulan kami yang dianggotai seramai 10 orang. Walaupun kalah teruk, pertempuran ini dianggap sebagai titik permulaan kami dalam bidang pen'taiko'an dan menjerumuskan kami ke arah peperangan yang lebih dahsyat
Antaranya pertembungan dengan budak sekolah cina yang hampir hampir menyebabkan sebahagian anggota kumpulan mengalami kecacatan. pergeselan diantara sekolah kami dan sekolah sekolah rendah sekitar gemencheh dan banyak lagi


Kini semua tu sudah berlalu. Pedang samurai yang dianugerahkan semasa dipilih menjadi tokoh taiko berkaliber oleh bos yakuza juga telah aku pulangkan.

Moral: Pergi sekolah belajar bukan bergaduh


p/s :Gua nak jadi ustaz beb..

Syakuragi

4 comments:

MuhIY said...

bahaya gmba budak kne serang harimau tuh...isyh3...org yg snap gmba tuh pon join skli la tuh..alng2 da skodeng...toi x...

SyAkuRagi said...

aku la yang jadi harimau kumbang tu..hahaha

hang tuah said...

bro....pe cer citer taiko nieh...sambung g aar..ble wat novel..wahaha

Munirah said...

oh meaning couple uh bukan kne serang ngn HARIMAU btul la? ni ala2 serangan jawi lah ye?